ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Jun 2021.

1. Mampukah Malaysia hasilkan vaksin sendiri?

Usaha Malaysia menghasilkan sendiri vaksin COVID-19 menjadi jalan terbaik yang sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada negara kuasa besar bagi mendapatkan bekalan pelalian tersebut pada masa hadapan.

2. 'Kenduri durian', polis akan panggil Timbalan Speaker

Polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

3. Lebih 7.8 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat 29 Jun - Dr Adham

Sebanyak 7,824,912 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

4. PM Muhyiddin dimasukkan ke hospital pagi ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital pagi ini.

5. Dijamu durian: Timbalan Speaker mohon maaf, akui keliru dan sedia disiasat

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini memohon maaf atas kekhilafan beliau berkait penjelasan berkenaan video tular dijamu durian baru-baru ini.

6. Tiada lagi 'total lockdown': Perlis, Kelantan dan Terengganu dijangka masuk Fasa 2 minggu depan - Sumber

Perlis, Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) minggu depan.

7. COVID-19: Angka kes baharu terus meresahkan, kekal melebihi 6,000

Jumlah harian kes positif baharu COVID-19 terus kekal di paras 6,000 kes.

8. Tony Spider meninggal dunia di studio Luncai Emas

Bekas pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1 pagi.

9. Malaysia terima dua juta vaksin COVID-19 sumbangan Jepun, AS Julai ini - Khairy

Malaysia akan menerima dua juta vaksin sumbangan Jepun dan Amerika Syarikat pada 1 dan 2 Julai nanti.

10. SelVAX: 2.5 juta dos vaksin tambahan, Selangor sasar imuniti kelompok menjelang Oktober - MB

Selangor bakal menerima 2.5 juta dos vaksin COVID-19 buatan Sinovac yang bakal memberi manfaat kepada 1.25 juta orang penerima.