ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Mac 2021.
1) Mahkamah Tinggi tolak permohonan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah, ubah wang haram
Hakim berkata, pertuduhan terhadap Abdul Azeez tidak cacat walaupun empat projek berasingan digabungkan dalam satu pertuduhan kerana suapan yang diterima adalah berkenaan kesemua projek tersebut.
2) Perikatan Nasional Pahang rasmi ditubuh 26 Mac ini - Saifuddin
Mesyuarat penubuhan akan diadakan pada tarikh tersebut melibatkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan, negeri Pahang.
3) #NoToLanun: Penguatkuasaan perlu diubah, mudahkan layari OTT
Aktivis Low Ngai Yuen berkata, cabaran yang mendepani pengkarya seni pada zaman teknologi canggih ketika ini memerlukan proses penguatkuasaan yang berkesan.
4) Ibarat tsunami...
Itu gambaran diberikan penduduk Taman Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan, Chukai, di sini apabila tangki air taman perumahan tersebut runtuh menyembah bumi dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Jumaat.
5) Tidak perlu turun ke jalan raya, cuma turunkan tandatangan tamatkan darurat - Khalid Samad
Sebuah badan bebas yang dikenali dengan Jawatankuasa Tamatkan Darurat melancarkan petisyen untuk memohon agar darurat ditamatkan dengan segera. Pengerusinya, Khalid Samad menjelaskan jawatankuasa yang diterajuinya itu tidak berhasrat mengajak rakyat untuk turun ke jalan raya
6) Dr Mahathir sokong petisyen tamatkan darurat
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menyokong petisyen oleh Jawatankuasa Tamatkan Darurat yang merayu agar Yang di-Pertuan Agong menamatkan darurat.
7) Ordinan Darurat untuk cepatkan penguatkuasaan, siasatan, pendakwaan berita palsu - Saifuddin
Pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021 adalah bagi mempercepatkan proses penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan bagi mereka yang terbabit menghasilkan berita tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
8) COVID-19: Malaysia catat 1,575 kes positif, tiga kematian
Malaysia merekodkan 1,575 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 320,939. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tujuh daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
9) Jangan cemas, individu dikompaun RM10,000 langgar SOP boleh buat rayuan - Ismail Sabri
Nilai kompaun maksimum RM10,000 bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula berkuat kuasa semalam, hanya untuk kesalahan berulang, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,
10) PM peroleh perintah mahkamah halang Puad terbit kenyataan fitnah
Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi ad interim yang dimohon Tan Sri Muhyiddin Yassin sementara menunggu perbicaraan injunksi inter-parte pada 24 Mei.
Astro Awani
Fri Mar 12 2021
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Mac 2021.
KRW miliki DNA TRW - Ultras Kelantan
Muhamad Firdaus berkata, majoriti individu yang menjadi 'tonggak' KRW merupakan kumpulan pelabur TRW.
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.