Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr Adenan Satem menyeru kepada rakyat negeri itu supaya memberikan masa dan peluang kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menunaikan segala janjinya kepada negeri itu.
Adenan turut menyifatkan Najib sebagai seorang pemimpin yang memiliki hati yang amat besar dan sememangnya komited untuk membawa pembangunan kepada negeri serta rakyat Sarawak.
“Banyak lagi kekurangan kita di Sarawak tetapi dengan adanya perdana menteri begini kita tidak khuatir. Kelemahan kita akan menjadi kuat di hari kemudian.
“Apa yang kita kurang akan dipenuhi di masa depan. Berilah beliau masa menunaikan apa yang beliau janjikan untuk negeri Sarawak,” katanya pada perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2016 oleh Najib di Dataran Bandar Sibu di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, Adenan turut memohon bantuan daripada Najib, yang digelarnya 'Apai Besai' (Ayah Besar) bagi penduduk Sarawak, untuk menyelesaikan masalah perparitan yang menjadi punca banjir di negeri ini.
“Macam macam usaha kerajaan. We must have more. Minta tolong Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah peparitan kita di negeri Sarawak,” katanya lagi.
Dengan kadar hujan yang lebih banyak kali ini berbanding tahun lepas, katanya keadaan tanah rendah dan sistem perparitan yang tidak mencukupi menyebabkan berlakunya banjir seperti di kawasan Kuching.
Majlis itu kemudian diserikan dengan persembahan tarian Raja Monyet, tarian Singa, pukulan gendang Cina dan persembahan pentas lain.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudiannya bersama-sama Adenan dan isteri Puan Sri Jamilah Anu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Datuk Seri Wong Soon Koh menyertai acara menggaul 'Yee Sang'.
Astro Awani
Sat Feb 27 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, menggaul Yee Sang pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina di Dataran Sibu malam tadi. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem (tiga, kiri). - Foto Bernama
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
“Seperti satu kegagalan kerana tiada anak” - Michelle Yeoh
"Saya berusia 62 tahun. Sudah tentu, saya tidak akan mempunyai bayi sekarang."
Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.
CAP harap KKM ikut saranan Sultan Pahang haramkan vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berharap Kementerian Kesihatan menurut titah Al-Sultan Abdullah yang menyarankan agar vape diharamkan.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
India denda Meta AS$25.4 juta kerana amalan perniagaan tidak adil
Suruhanjaya Persaingan India arah Meta agar WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi AS itu untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.
Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan
Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Sidang Kemuncak G20: PM Anwar ‘jentik’ negara kaya, kritik ‘dasar yang tersasar’
Anwar kritik -dasar tersasar- negara kaya yang memperuntukkan dana besar untuk senjata dan peperangan, berbanding memenuhi keperluan asas manusia.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.