KLANG: Akibat tidak menyediakan sarapan pagi, seorang lelaki berang dan bertindak 'mengurung' isterinya di sebuah pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner, Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian pada jam 7.15 pagi, mangsa berusia 27 tahun telah ditolak di kepala dan badan oleh suaminya hingga terjatuh.
"Selepas itu, mangsa dikunci dari dalam rumah dan telefon bimbitnya turut disimpan oleh suspek berusia 28 tahun bagi mengelak isterinya menghubungi orang lain.
"Bagaimanapun mangsa telah meminta jiran depan rumahnya untuk menghubungi polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Shamsul Amar berkata, anggota polis telah datang ke rumah berkenaan dan melepaskan suri rumah itu sebelum dibawa ke balai polis untuk buat laporan.
"Sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek di rumah sama pada jam 5.15 petang. Siasatan awal, lelaki itu mengaku terlibat dalam kes itu," katanya.
Menurut beliau, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah.
"Siasatan lanjut akan diteruskan selepas permohonan reman di Mahkamah Klang pada hari ini (Selasa).
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Berang tidak disediakan sarapan, suami bertindak kurung isteri
Sinar Harian
Tue Jun 15 2021

Akibat tidak menyediakan sarapan pagi, seorang lelaki berang dan bertindak 'mengurung' isterinya di sebuah Pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi, pada Isnin. -Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.

Bunuh isteri kerana enggan dipeluk
Seorang lelaki dari Kabupaten Kepulauan Tanimbar, Maluku, hilang pertimbangan apabila tergamak menikam isterinya sehingga maut hanya kerana mangsa enggan dipeluk.

Tergamak bakar isteri hanya disebabkan pengecas telefon
Mangsa meninggal dunia setelah dua minggu berjuang melawan keganasan yang dilakukan oleh suaminya sendiri.

Zahnita sempat mohon maaf kepada ibu mentua, namun...
Zahnita memohon maaf kepada ibu mentuanya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama suaminya Abd Zackery Ghouse.

Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.

Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.

Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik
Perjuangan lebih tiga tahun keluarga Jahidah Nordin @Sylvester yang didakwa dipukul suaminya sehingga koma akhirnya menemui titik noktah.

Zahnita Wilson dapat perintah perlindungan interim
Keputusan itu diputuskan oleh Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding yang berlangsung hari ini.