YAN: Sekurang-kurangnya 14 kampung dan kawasan perumahan yang terletak berhampiran sungai di kaki Gunung Jerai terjejas akibat banjir kilat disebabkan hujan lebat dan kepala air pada Rabu.
Jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pula adalah seramai lebih 90 orang, membabitkan kawasan di daerah Yan dan Kuala Muda.
Di YAN, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata antara kawasan terjejas ialah Kampung Perigi, Kampung Teroi Bukit, Kampung Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.
"Setakat ini (malam tadi), anggaran keseluruhan mangsa yang terlibat masih dalam siasatan. Namun, berdasarkan maklumat awal, seramai 60 mangsa perlu dipindahkan segera.
"Kesemua mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dan Sekolah Kebangsaan Teroi," katanya selepas meninjau kawasan terjejas di sini malam tadi.
Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa mangsa mangsa di PPS akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kumpulan individu yang positif COVID-19, kumpulan yang menjalani kuarantin dan penduduk biasa.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: 2 maut, 1 dikhuatiri hilang
Sementara itu, di KUALA MUDA, lima kampung dinaiki air termasuk Kampung Baru Gurun, Kampung Sungai Badak dan Kampung Sungai Kunyit Atas di Gurun selain Kampung Tandop Batu dan Kampung Sungai Batu di Merbok.
Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten Azahar Ahmad berkata, PPS dibuka di dua mukim berkenaan untuk keselamatan.
Beliau berkata, sebanyak tujuh keluarga terjejas akibat banjir berkenaan.
"Paras air meningkat 1.5 meter pada petang Rabu dan banjir semakin surut namun hujan masih renyai malam tadi.
"Kita masih melakukan pemantauan di kawasan kampung berkenaan untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat," katanya.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak kawasan perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan fenomena kepala air berkenaan kira-kira jam 3 petang tadi.
Adie Sufian Zulkefli, Abd Hadi Che Awang
Wed Aug 18 2021
![Bencana Gunung Jerai: 14 kampung terjejas, lebih 90 penduduk dipindahkan Bencana Gunung Jerai: 14 kampung terjejas, lebih 90 penduduk dipindahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629307647_kepalaairdiYan.jpg)
Jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pula adalah seramai lebih 90 orang, membabitkan kawasan di daerah Yan dan Kuala Muda. - Gambar/ Media sosial
Remaja bunuh tiga kanak-kanak di Southport didakwa
Remaja lelaki didakwa membunuh tiga kanak-kanak dalam serangan pada Isnin di Southport didakwa pada Khamis.
Tiga suspek serangan WTC New York, Pentagon mengaku bersalah
Tiga lelaki yang dituduh merancang melakukan serangan pada 11 September bersetuju untuk mengaku bersalah lapor New York Times yang memetik pegawai Pentagon.
Cuaca panas di Shanghai, suhu cecah 40 darjah celsius
Biro meteorologi Shanghai mengeluarkan amaran merah pertamanya untuk gelombang haba pada Khamis apabila suhu di hab kewangan China itu meningkat kepada 40 darjah celsius.
Anggota tentera giat bina jambatan besi di Wayanad
Anggota tentera India bertungkus lumus menyegerakan pembinaan jambatan besi bagi menghubungkan kawasan yang terjejas teruk akibat tanah runtuh di Wayanad, Kerala India.
Malaysia antara 10 destinasi mesra kripto
Ini susulan pembentukan bakat tempatan, serta kos untuk mengambil pekerja tempatan adalah lebih kompetitif berbanding dengan negara jiran.
Malaysia perkenal sistem pemberitahuan pelanggaran data cegah penipuan
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pemberitahuan itu mesti dikemukakan oleh pengguna data yang mengalami insiden kebocoran data peribadi, termasuk ancaman penggodaman.
Pindaan tidak beri kuasa mutlak kepada pegawai AADK
Ujian dan perakuan daripada pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar masih diperlukan dalam proses mendapatkan perintah rawatan serta pemulihan ke atas penagih dadah di bawah pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Ketua sayap tentera Hamas terbunuh di Gaza
Ketua sayap tentera Hamas, Mohammed Deif, terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza bulan lalu, kata tentera Israel hari ini, sehari selepas pemimpin politik kumpulan itu dibunuh di Tehran.
Kerajaan setuju buka semula kertas siasatan kematian Teoh Beng Hock
Kerajaan bersetuju untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan terkait kematian mendiang Teoh Beng Hock.
Zii Jia mara ke suku akhir, benam cabaran Popov
Pilihan ketujuh kejohanan itu menewaskan pemain tuan rumah, Toma Junior Popov dengan keputusan ‘straight set’, 21-13 dan 24-22.
![Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720171384_southernGazaStrip.jpg)
Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza
Amaran telah dikeluartkan tentang bencana alam sekitar baharu di kem-kem perlindungan berkenaan kudis dan penyebarannya.
![Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719580161_TBindonesia.jpg)
Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat pihak berkuasa tempatan.
![Lebih 670 dipercayai terkorban dalam tanah runtuh di Papua New Guinea Lebih 670 dipercayai terkorban dalam tanah runtuh di Papua New Guinea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716627159_PapuaNewGuinea.jpg)
Lebih 670 dipercayai terkorban dalam tanah runtuh di Papua New Guinea
Lebih 670 individu dikhuatiri terbunuh selepas tanah runtuh melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, wilayah Enga, Papua New Guinea.
![Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715552768_Floodslandslides.jpg)
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
![Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713260639_sulawesijpg.jpg)
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
![Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im
Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden.
![MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714653841_TBMakmalBergerak.jpg)
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
MOSTI akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
![Korban tanah runtuh Sulawesi Selatan meningkat kepada 20 orang Korban tanah runtuh Sulawesi Selatan meningkat kepada 20 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713260639_sulawesijpg.jpg)
Korban tanah runtuh Sulawesi Selatan meningkat kepada 20 orang
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam keadaan hujan dan berkabus dengan tanah runtuh menyekat laluan.
![Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707473222_TBlandslide.jpg)
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
![Rantau ASEAN alami 22 bencana, Indonesia dan Filipina paling teruk terjejas Rantau ASEAN alami 22 bencana, Indonesia dan Filipina paling teruk terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705403379_950x600.jpg)
Rantau ASEAN alami 22 bencana, Indonesia dan Filipina paling teruk terjejas
ASEAN mengalami 22 bencana pada minggu ketiga tahun ini, dengan banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin mencetuskan kemusnahan, terutama di Indonesia dan Filipina.