KUALA LUMPUR: Kumpulan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam ekonomi negara, menyumbang 90 peratus daripada perniagaan dan sekurang-kurangnya 70 peratus tenaga buruh.
Menurut Pengasas Bersama Industries Unite (IU), Datuk David Gurupatham, inisiatif dalam belanjawan ini telah memberi tumpuan yang lebih besar kepada kumpulan PKS yang sebelum ini mungkin tidak mendapat perhatian yang secukupnya.
Sebelum ini, belanjawan cenderung bersifat menyalurkan bantuan dan sokongan dari peringkat atas ke bawah, di mana PKS yang lebih besar diharapkan mampu mencipta peluang pekerjaan dan memberi sumbangan positif secara berterusan kepada ekonomi.
"Namun, belanjawan kali ini menunjukkan pendekatan yang lebih tertumpu kepada kumpulan yang lebih banyak, iaitu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS),
"Salah satu manfaat utama yang dirasakan oleh PKS tempatan adalah peningkatan likuiditi dalam pasaran", katanya ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI.
Menurutnya inisiatif dalam Belanjawan ini membantu PMKS memperoleh lebih banyak sumber kewangan serta meningkatkan daya saing PKS tempatan.
Namun, David berkata, walaupun terdapat program dan bantuan kewangan dalam belanjawan ini, keberkesanannya perlu dinilai semasa pelaksanaannya.
"Sebagai contoh, beberapa program yang ditawarkan seperti jaminan kredit, pinjaman daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), SME Bank, dan sebagainya mungkin memerlukan pengurusan yang baik dan penguatkuasaan yang berkesan agar ianya dapat memberikan kesan yang diharapkan kepada PMKS,
"Semasa pandemik COVID-19, banyak PKS menghadapi cabaran dalam mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil dan agensi yang perlu dirujuk", kata David.
Selain itu,proses dokumenentasi dan keperluan kewangan juga menjadi cabaran tersendiri.
Oleh itu, beliau menekankan bahawa semua masalah ini perlu diselesaikan segera agar impak dari langkah-langkah belanjawan dapat dilihat dengan jelas.
“Sebelum ini, saya mempunyai pandangan kritikal terhadap cara PKS dilayan semasa pandemik, tetapi saya juga perlu mengakui dan menghargai usaha-usaha yang telah dilakukan dalam belanjawan ini,
“Terutamanya, peningkatan sokongan kepada segmen yang lebih rendah dalam pasaran PKS adalah sangat dialu-alukan", katanya.
Beliau turut menambah bahawa kos-kos yang memberi kesan kepada segmen bawah pasaran dalam pasaran PKS adalah kos perniagaan, kos tenaga buruh, dan inflasi dan semuanya meningkat.
Penambahan bantuan ini dapat membantu mengurangkan beban kos-kos tersebut, kata David.
Walaupun tidak dapat menjamin kejayaan penuh, ia adalah bantuan yang besar, terutamanya untuk PMKS, katanya lagi.
Namun, dari sudut peribadi, beliau merasakan perlu ada peningkatan dalam skala yang lebih luas.
Datuk David mencadangkan ambang batas yang ditingkatkan, mungkin sehingga 1 juta, dan peningkatan sasaran bantuan secara beransur-ansur.
"Sekarang, kami berada pada ambang batas RM600,000 dengan 15 peratus bantuan,
"Jika ambang batas ditingkatkan kepada RM1 juta dan sasaran bantuan dinaikkan ke 17peratus, ia akan memberikan kesan yang lebih besar," menurut David.
Walaupun demikian, beliau mengatakan ini adalah langkah yang memberikan justifikasi mengapa bantuan ini penting dan perlu diperluas.
Dalam melihat bantuan berasaskan cukai yang diberikan oleh kerajaan, perlu diakui bahawa jumlah yang diberikan, seperti RM3000 kepada 150,000 perniagaan, mungkin tidak merupakan jumlah yang besar bagi kerajaan yang sedang berusaha menyelamatkan ekonomi, katanya.
Namun, beliau percaya ada ruang untuk peningkatan dalam pelaksanaannya.
Ia begitu penting untuk memahami bahawa PMKS perlu mencapai keuntungan sebelum mereka dapat menikmati manfaat potongan cukai yang sebenar.
Walaupun PMKS mempunyai daya tahan yang hebat, perlu diakui bahawa Malaysia adalah negara yang hebat dan merupakan contoh yang baik, terutamanya dalam konteks negara-negara membangun
Walaupun ramai yang mampu bertahan, itu tidak bermakna mereka dalam keadaan yang baik.
Banyak PKS yang tidak dapat mencapai keuntungan yang mencukupi, terutamanya setelah melalui pandemik yang baru-baru ini.
"Tanpa moratorium atau perlindungan COVID-19, banyak perniagaan terpaksa menanggung beban banyak. Mereka masih perlu membayar sewa, gaji pekerja, pembekal, pinjaman, dan kos lainnya. Sementara itu, mereka juga perlu mengurus aliran tunai perniagaan mereka untuk mencapai keuntungan,"kata beliau.
Selain itu, PMKS perlu menghadapi isu-isu seperti kos elektrik yang tinggi, kos buruh dan inflasi yang tinggi.
Jadi, tidak semua PMKS akan dapat memperoleh manfaat dengan mendapatkan keuntungan dan kemudian mendapatkan potongan cukai atau bantuan kewangan tambahan.
Meskipun bantuan RM3000 akan disediakan kepada 450,000 PMKS, kesan sebenar bantuan ini perlu dipertimbangkan berdasarkan faktor keuntungan yang diperoleh oleh PMKS tersebut.
Disamping itu, apabila membincangkan mengenai PMKS dan isu-isu yang berkaitan, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Salah satu isu utama adalah kekurangan dokumen yang diperlukan dan tidak lengkap.
“Waktu pandemik COVID-19, kita membincangkan mengenai kumpulan orang yang terpinggirkan daripada pelbagai dasar dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan’
Salah satu masalah utama adalah mereka tidak berdaftar sebagai pengguna cukai dan tidak mempunyai dokumen-dokumen yang diperlukan dalam sistem”, katanya.
Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendidik mereka mengenai pentingnya memiliki dokumen-dokumen ini, katanya.
"Misalnya, dalam sesi penerangan atau waktu menyampai maklumat di dewan kempen atau tempat lain, pihak seperti SME Bank atau BSN boleh memberi penerangan bahawa mereka perlu mengatur buku akaun dan mendaftar sebagai pembayar cukai,
"PMKS tidak perlu risau, kerana mereka mungkin tidak memenuhi syarat atau perlu membayar cukai dalam jumlah besar, "
"Tetapi, ini adalah langkah penting untuk mendapatkan akses kepada bantuan yang disediakan oleh kerajaan", kata Pengasas Bersama Industries Unite (IU) itu.
Beliau menggariskan perkara seperti ini perlu disampaikan secara aktif kepada mereka.
“Ia bukan sekadar pengumuman dari pihak atasan, tetapi juga melibatkan pendedahan secara langsung kepada golongan sasaran. nasihat juga perlu disediakan,” katanya.
Pada masa sama, ia penting bagi semua agensi kerajaan, bank, dan institusi kewangan swasta untuk bekerjasama dalam usaha meningkatkan ekonomi dan memberi sokongan kepada PMKS, kata David.
David turut menambah ini adalah cadangan yang diusahakan dalam beberapa tahun dan belanjawan yang lalu.
Beliau juga memberi mengingatkan bahawa walaupun Malaysia mempunyai dasar-dasar digitalisasi yang tersedia, tetapi masih belum melihat pelaksanaannya dengan sepenuhnya di lapangan.
“Salah satu contoh yang dapat diberikan adalah penggunaan telefon bimbit untuk membeli barang,
"Ini adalah satu perkara yang mudah dilakukan, misalnya dengan menggunakan telefon untuk membeli barang di kedai,
“Namun, kita masih jauh dari mencapai perkara yang sama dalam banyak aspek lain,” katanya lagi.
Beliau yakin terhadap agensi seperti SME Corp dan SME Bank, yang telah melibatkan diri dalam pembangunan infrastruktur dan sistem yang berkaitan dengan PKS dan PMKS, dapat memainkan peranan yang penting.
“Mereka perlu membangunkan infrastruktur yang bersepadu untuk mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh perniagaan mikro,
“Salah satu aspek penting adalah membangunkan struktur pembayaran yang berunsur digitalisasi, di mana kita dapat menggunakan telefon untuk melakukan pembelian dengan mudah melalui proses digital.” Kata David.
Kesimpulannya, dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi dan memberikan sokongan kepada PKS, digitalisasi adalah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian.
Agensi dan institusi terlibat perlu bekerjasama dalam membangunkan infrastruktur digital yang komprehensif.
Sokongan yang tepat juga perlu diberikan kepada PKS untuk memanfaatkan digitalisasi dengan sebaik-baiknya.
Dengan melaksanakan langkah-langkah ini, beliau percaya ia dapat mendorong pertumbuhan ekonomi dan memberikan manfaat terutama kepada perniagaan mikro di Malaysia.
Shaznina Rozman
Fri Jul 07 2023
Menurutnya inisiatif dalam Belanjawan 2023, ia membantu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) memperoleh lebih banyak sumber kewangan serta meningkatkan daya saing Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) tempatan.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus pada 2024 - Abang Johari
Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
107 mangsa konflik hidupan liar terima bantuan RM608,000 tahun ini
Perhilitan menyalurkan RM608,000 kepada 107 mangsa yang terlibat dalam konflik dengan hidupan liar, setakat Oktober tahun ini.
Lutut terkehel perlu pembedahan besar, pemain wanita negara mohon bantuan kewangan
Kecederaan lutut yang dialaminya menyaksikan gandingan itu terpaksa menarik diri untuk memberikan laluan kepada Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.
Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk
Suruhanjaya Eropah mengumumkan cadangan bantuan kewangan sebanyak 119.7 juta euro (US$141.4 juta) bagi menyokong petani yang terjejas akibat cuaca buruk sepanjang musim bunga dan musim panas lalu.
Mengharap Bajet 2025 lebih 'hijau'
Bajet 2025 dinanti dengan penuh harapan oleh para pencinta alam sekitar dan biodiversiti agar kerajaan akan meneruskan agenda melindungi persekitaran negara.
Skim tanaman semula sawit cecah RM45 juta, meliputi 6,724 hektar - MPOB
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.
EU salur EUR43 juta untuk gaji Pihak Berkuasa Palestin
Kesatuan Eropah mengumumkan sumbangan EUR43 juta untuk membantu Pihak Berkuasa Palestin membayar gaji dan pencen untuk pekerja dan pesaranya di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Sektor automotif perlukan sokongan kerajaan tangani cabaran e-invois - Ahli akademik
Pelaksanaan e-invois langkah penting mendigitalkan urusan kerajaan namun dijangka beri cabaran terutamanya kepada industri automotif.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.