Qi Xuan bersama gandingannya, Yap Rui Chen, sudah terlalu hampir untuk melayakkan diri ke final kejohanan itu sebelum kecederaan lutut yang dialaminya menyaksikan gandingan itu terpaksa menarik diri untuk memberikan laluan kepada Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.
Pemain berusia 24 tahun itu, dalam satu perkongsian laman sosial, memaklumkan dia mengalami koyak ACL, MCL, PCL selain cedera LCL dan sedikit keretakan tulang dan perlu menjalani pembedahan yang menelan belanja RM25,000 hingga RM30,000.
Tambahnya, ibu dan bapanya merupakan pesara dan dia juga tidak boleh menjana pendapatan dengan melatih pelajarnya disebabkan kecederaan berkenaan.