KUALA LUMPUR:Inisiatif pas perjalanan tanpa had MY30 yang diperluaskan dalam Belanjawan 2021 dilihat memberi kesan positif kepada pengguna.
Malah hampir separuh daripada kos yang terpaksa ditanggung pengguna dapat dijimatkan sekali gus tidak membebankan rakyat terutama ketika pandemik COVID-19.
Tinjauan Astro AWANI di beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Masa (MRT) mendapati, rata-rata pengguna menyambut baik inisiatif kerajaan menerusi Kumpulan Prasarana Malaysia (Prasarana).
Menurut pegawai bank, Wan Farah Wan Aminuddin, 30, perbelanjaan perjalanannya setiap hari kini dapat dikurangkan lebih 50 peratus berbanding sebelum ini.
"Kalau kira memang kurang daripada separuh perbelanjaan, contoh sebulan saya bayar RM90, sekarang cuma RM30 memang sangat jimat. Saya mula gunakan MY30 ini sejak mula dilancarkan Jun lalu. Memang sangat bagus, terima kasih atas inisiatif ini," ujarnya.
Sementara itu, bagi pelukis, Syed Nasroon Syed Ishak, 25, MY30 bukan hanya digunakan untuk berulang alik dari tempat kerja ke rumah, malah memudahkan beliau sebagai anak muda untuk ke mana sahaja dengan kos yang rendah.
"Amat bagus tidak MY30 ini sebab lebih menjimatkan setiap hari... tidak tentu bila MY30 boleh saya guna tanpa had. Setiap hari pergi kerja dan balik, biasanya sebelum ada MY30, saya bayar dalam RM6 lebih, sekarang terasa ringan beban," katanya.
Kisah sama dikongsi pengurus hotel, Khairul Nizam Roslan, 41, yang berpendapat pas perjalanan tanpa had itu sangat bermakna untuknya berjalan di sekitar Lembah Klang termasuk beriadah.
"Saya mula pakai MY30 ini sejak bulan Jun, perbelanjaannya bagi saya sangat jimat dengan RM30, tiada had perjalanan walaupun naik LRT, MRT dan Monorail sangat menjimatkan. Saya gemar berjalan, sehari tiga hingga empat kali saya berjalan, jadi mengurangkan beban sangat," ujarnya.
Pada 6 November lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz antara lain mengumumkan kerajaan akan meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan memperluaskannya ke Pulau Pinang dan Kuantan dengan peruntukan keseluruhan RM300 juta.
Menurut beliau, inisiatif itu bagi membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan bas dan rel kendalian Prasarana dengan harga RM30 sebulan.
Inisiatif itu melibatkan empat perkhidmatan LRT, MRT, KL Monorail dan bas Rapid KL yang dianggarkan memberi manfaat kepada lebih sejuta pengguna.
Fareez Azman
Thu Nov 19 2020

Kerajaan akan meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan memperluaskannya ke Pulau Pinang dan Kuantan dengan peruntukan keseluruhan RM300 juta. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pas perjalanan My50 ganti My30 bermula 1 Jan 2022 - Ka Siong
Penggunaan pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan, My50 bagi perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Lembah Klang akan bermula 1 Jan depan.

Diskaun 20 peratus tambang BRT berakhir hari ini
Diskaun 20 peratus untuk tambang perkhidmatan Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT) yang diperkenalkan pada 2018 berakhir hari ini.

Prasarana tawar pakej beli satu percuma satu My30 mulai esok
Pengguna perkhidmatan tren dan bas Rapid KL boleh menggunakan pakej percuma itu untuk pembaharuan pada bulan berikutnya dan tempoh penebusan adalah antara 15 Jan dan 31 Mac.

Pas My30 rekod 10,000 langganan pada hari pertama
Pakej My30 menggantikan sementara pas perjalanan tanpa had My50 dan My100, adalah sah bagi tempoh enam bulan dari 15 Jun hingga 31 Disember.

Prasarana optimis My30 mampu lonjak semula jumlah pengguna
Pas perjalanan tanpa had My30 yang diperkenalkan bermula hari ini untuk pengguna pengangkutan awam kendalian Prasarana di Lembah Klang dijangka dapat melonjakkan kembali jumlah pengguna perkhidmatan.