KUALA LUMPUR:Dalam usaha menggalakkan pelancongan domestik, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) membuka tawaran istimewa pakej 'My30 Plus 30 - Beli 1, Percuma 1' bagi pembelian pas perjalanan tanpa had My30 bermula esok sehingga 31 Mac depan.
Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengguna perkhidmatan tren dan bas Rapid KL boleh menggunakan pakej percuma itu untuk pembaharuan pada bulan berikutnya dan tempoh penebusan adalah antara 15 Jan dan 31 Mac.
Pengguna boleh membuat pembelian My30 itu di semua kaunter khidmat pelanggan di stesen LRT, MRT, monorel dan bas transit pantas (BRT) di samping lapan hab bas terpilih iaitu di Pasar Seni, KLCC, Seksyen 2 Shah Alam, Greenwood, Sri Nilam, Sunway Pyramid, Pearl Point dan Puchong Utama.
"Urusan penebusan bagi kempen ini bagaimanapun hanya boleh dibuat di dua lokasi iaitu di Sayap Timur stesen KL Sentral dan di Hab Bas Pasar Seni," menurut kenyataan itu.
Bagi mempromosi kempen itu, Prasarana akan menggunakan paparan skrin dalam tren LRT, MRT, monorel dan juga bas, di samping platform pengiklanan lain di stesen dan media sosial kendalian Rapid KL.
Pakej khas itu merupakan antara inisiatif diumumkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri pada 23 Nov lepas sebagai pelan pemulihan pelancongan domestik, diterajui oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).
Pas perjalanan tanpa had My30 membolehkan warga Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam rel dan bas Rapid KL berulang kali tanpa had untuk 30 hari dengan hanya berbelanja RM30.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 20 2020
Pas perjalanan tanpa had My30 membolehkan warga Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam rel dan bas Rapid KL berulang kali tanpa had untuk 30 hari dengan hanya berbelanja RM30. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Hari Kebangsaan: MRT laluan Putrajaya dipenuhi wajah-wajah ceria
Perkhidmatan MRT beroperasi selama 24 jam pada 30 dan 31 Ogos bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
Lorong bas Jalan Klang Lama: Pengguna jalan raya diharap beri maklum balas membina - Exco
Pengguna jalan raya di laluan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama, di sini diharap dapat bekerjasama dan memberi maklum balas membina sepanjang tempoh percubaan perkhidmatan itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Koc wanita MRT laluan Putrajaya mula Isnin ini - Rapid Rail
Koc wanita bagi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini.
Deloitte Malaysia, MRT Corp tandatangani perjanjian hak penamaan stesen MRT
Deloitte Malaysia telah melancarkan stesen MRT Deloitte TTDI pada Selasa, menandakan integrasinya ke dalam rangkaian 29 stesen di sepanjang laluan MRT Kajang.
Kadar kes gangguan seksual wanita di pengangkutan awam berjaya diturunkan
Kejayaan berkenaan berikutan pengenalan koc wanita selama tiga bulan di MRT Laluan Kajang bermula September lalu.
Penganggur tunjuk kemaluan di MRT didenda RM2,000
Tindakan seorang penganggur menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Transit Aliran Massa (MRT), mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.
Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.
Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.
Gangguan seksual: Percubaan operasi koc wanita MRT laluan Kajang hujung bulan ini
Percubaan operasi bagi koc wanita untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini.