Pas perjalanan tanpa had My30 yang diperkenalkan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sehingga tengah hari tadi merekodkan 10,000 langganan pada hari pertama, kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Abdul Hadi Amran.
Beliau berkata selain jumlah langganan memberangsangkan, rata-rata pengguna hari ini turut memberikan maklum balas yang positif mengenai pas berkenaan.
"Pakej My30 menggantikan sementara pas perjalanan tanpa had My50 dan My100, adalah sah bagi tempoh enam bulan dari 15 Jun hingga 31 Disember. My30 adalah untuk warganegara sahaja dan penggunaannya hanya pada MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi kad Touch 'n Go," katanya dalam program Malaysia Petang Ini (MPI) terbitan Bernama TV.
Inisiatif My30 diperkenalkan dengan bayaran RM30 untuk tempoh sebulan merupakan pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid di Lembah Klang serta terbuka kepada semua warganegara berkuat kuasa hari ini sehingga akhir tahun ini.
Menerangkan fungsi pas berkenaan, Abdul Hadi berkata bagi pengguna pertama kali mereka perlu membuat pendaftaran dan mengaktifkan pas berkenaan terlebih dahulu di kaunter sebelum menggunakannya.
"Pertama kali, pengguna harus membayar RM35 untuk pas My30 kerana ia (RM35) merupakan jumlah minimum pas. Ini hanya untuk pertama kali sahaja, untuk pembaharuan tidak perlu. RM5 ini diperlukan bagi mengaktifkan fungsi pas.
"My30 boleh diaktifkan sebaik sahaja disentuh pada 'gate' masuk setiap stesen. Pembaharuannya pula boleh dibuat tujuh hari sebelum atau selepas tarikh tamat.
"Ia (My30) tidak akan mengganggu Touch 'n Go sedia ada di kad pengenalan kerana kod yang digunakan adalah berlainan. Kaunter stesen boleh semak MyKad ada kad Touch 'n Go atau tidak," katanya.
Beliau berkata selepas 31 Dis nanti, Prasarana akan mengkaji semula My30 sama ada mahu meneruskannya atau tidak.
"Mereka yang melanggan pas pada hari terakhir iaitu pada 31 Dis, tidak akan mendapat bayaran balik sebaliknya mereka boleh menggunakan kad itu selama 30 hari iaitu sehingga hujung Januari 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020

Pakej My30 menggantikan sementara pas perjalanan tanpa had My50 dan My100, adalah sah bagi tempoh enam bulan dari 15 Jun hingga 31 Disember.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.

Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.

12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.

Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.

Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.

Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.

Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.

32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.