TUMPAT: Persepsi bahawa tanaman anggur hanya sesuai ditanam di kawasan atau negara beriklim sejuk ternyata tidak benar apabila buah itu dilihat mampu hidup subur di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia.
Ini terbukti melalui usaha bekas pereka grafik, Wan Yusoff Abdul Rahman, 37, yang berjaya 'menghidupkan' tanaman anggur di Kampung Belukar dekat Wakaf Bharu di sini, dengan menggunakan teknik dan pembajaan bersesuaian.
Berpeluang untuk menjengah ke kebun anggur itu, penulis terpukau melihat puluhan tangkai anggur pelbagai warna yang hampir mekar menghiasi halaman rumahnya.
Wan Yusoff berkata di sekeliling rumahnya sahaja terdapat 60 pokok anggur pelbagai jenis termasuk Ninel, Trans, Jupiter, dan Dixon, malah beliau mampu mengutip hasil tanaman itu hampir satu tan sebulan.
"Kebanyakan spesis anggur ini berasal dari Ukraine, Uzbekistan dan Korea Selatan. Apa yang mengejutkan kesemuanya dapat hidup subur di sini malah rasa manisnya hampir menyamai rasa buah anggur di negara asal," katanya kepada Bernama.
"Saya tidak nafikan tanaman anggur saya mampu mengeluarkan hasil hingga menjadi tumpuan orang ramai berkunjung ke rumah bagi melihat dan merasai sendiri anggur yang ditanam.
"Walaupun sukar dipercayai tetapi setiap pokok boleh mengeluarkan sebanyak 500 tangkai dengan berat yang mampu mencapai 500 hingga 700 gram setiap tangkai dan itulah hasil dikeluarkan pokok anggur tanaman saya," katanya yang mempelajari teknik tanaman dan pembajaan melalui Internet.
Menurut bapa kepada lima anak itu, pokok anggur sebenarnya satu tanaman yang lasak dan mampu hidup lama serta perlukan cuaca panas.
"Selepas mengeluarkan putik, baki bunga kering dan masih melekat serta daun perlu dibuang bagi menghasilkan buah yang cantik. Kebiasaannya, selepas buah habis dipetik, saya pangkas daunnya kemudian ia akan berbuah lagi dalam masa 90 hari," katanya.
Menurut Wan Yusoff, tanaman anggur di negara ini mampu mengeluarkan hasil lebih banyak kerana boleh berbuah tiga hingga empat kali setahun.
"Perancangan saya selepas ini adalah untuk membuka ladang anggur berkonsepkan agro pelancongan di kawasan seluas 0.4 hektar di Tumpat dengan tanaman sebanyak 500 pokok.
"Projek ini telah dimulakan yang mana saya sedang menyiapkan benih dan tapak dengan kerjasama beberapa agensi. Insya-Allah, mungkin dalam tempoh sembilan bulan lagi ia akan mengeluarkan hasil," katanya.
Beliau juga sedang 'mengintai' dan berhasrat menanam spesis anggur dinamakan shine musket dari Jepun yang bersaiz lebih besar dan manis hingga boleh dijual dengan harga hingga RM500 sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021
Wan Yusoff Abdul Rahmat memeriksa tanaman anggur yang diusahakan olehnya di sekeliling rumah. - Foto BERNAMA
Tindakan bersepadu banteras isu kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Isu keselamatan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan akan cuba diselesaikan dengan pemerkasaan tindakan bersepadu termasuk meneliti aspek perundangan.
AWANI Ringkas: Surat sahkan perintah tambahan adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap negeri dan daerah di Malaysia mempunyai kekuatan masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong.
Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membacakan surat daripada Sultan Pahang yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengesahkan kewujudan perintah tambahan tahanan dalam rumah bagi bekas Perdana Menteri itu. #AWANInews
Maybank perkenal ciri 'Money Lock', bolehkan anda kunci dana dalam akaun
Dana yang dikunci tidak boleh digunakan untuk transaksi dalam talian, pengeluaran ATM, penggunaan kad debit, pembayaran bil, dan lain-lain.
Pasukan petugas khas ditubuh tangani isu keselamatan kenderaan berat - Anthony Loke
Prosedur pemeriksaan berkala di Puspakom akan diperkemas dengan menambah elemen keselamatan kritikal seperti tayar dan sistem brek.
Roborock hasilkan robot vakum punya tangan mengutip sampah
Tangan OmniGrip dilipat pada bahagian atas robot apabila tidak digunakan. Ia melipat keluar untuk mengutip sampah besar yang dikesan.
Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
Suspek lelaki berumur 24 tahun dari Kelantan dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos.
TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dilaksanakan dengan berteraskan dua tonggak utama iaitu Pelancongan Berimpak Tinggi dan Pelancongan Mampan.
Memahami penularan virus HMPV dan risiko di Malaysia
Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli berkongsi pandangan dan analisis mengenai penularan virus hMPV serta risiko di Malaysia.
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.
Penanaman anggur jana ekonomi agropelancongan di Marang
Penanaman anggur di Malaysia sememangnya perlu mengambil kira pelbagai faktor terutamanya suhu dan sinaran cahaya matahari yang bersesuaian.
Disangka plastik rupanya anggur betul
Penanaman anggur di laman rumahnya menyebabkan landskap unik hingga menjadi tarikan orang ramai.
Kajian terbaharu dedah makan anggur mampu cegah serangan jantung, strok
Pengambilan serbuk anggur didapati berjaya meningkatkan kepelbagaian bakteria dalam usus yang dianggap penting untuk pembentukan sistem imun yang kuat.
Bekas pereka grafik tanam anggur, hasil hampir satu tan sebulan
Di sekeliling rumahnya sahaja terdapat 60 pokok anggur pelbagai jenis termasuk Ninel, Trans, Jupiter, dan Dixon.
Cara bersih, kikis wax pada buah - Penting untuk elak batuk, sakit tekak
BUAH antara snek yang bagus dan mempunyai banyak khasiat serta vitamin.