BUAH antara snek yang bagus dan mempunyai banyak khasiat serta vitamin.

Jika anak-anak anda menggemari buah, itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Ini kerana persaingan dengan makanan berproses yang bermacam-macam itu membuatkan ramai anak-anak sekarang lebih memilih makanan tersebut.

Bagaimanapun, sebagai ibu bapa, jangan berputus asa. Jadikan dapur dan peti sejuk itu sebagai ‘syurga buah’ untuk anak.

Perbanyakkan buah yang pelbagai warna dan rasa untuk memastikan anak-anak terus memilihnya.

Namun adakah anda tahu, buah yang dibeli itu mempunyai racun serangga atau bahan yang tetap boleh membahayakan kesihatan jika tak dicuci dengan bersih. Biasanya buah yang diimport mempunyai sisa racun serangga.

Perlu lebih berhati-hati apabila kita bersihkan buah yang datang dari luar negara. Proses import eksport bukan ambil masa yang sekejap, banyak bahan yang digunakan untuk beri ketahanan pada buah untuk berada dalam keadaan elok dengan lebih lama.

Renyah nak basuh apabila ada blueberry kat rumah. Nak buang sisa racun serangga satu hal.

Nak kikis wax di sekeliling buah satu hal lagi. Kalau main basuh dengan lalukan air paip je, batuk terus Zaid lepas makan. Pengajaran buat saya, untuk basuh betul-betul lepas itu.

Cara saya bersihkan blueberry atau jenis-jenis buah lain yang disaluti dengan wax. Contohnya, epal, lemon, anggur, oren dan sebagainya:

1. Rendam buah dalam larutan air garam, cuka atau baking soda. Rendam antara 10 – 15 minit, bergantung pada jenis buah.

2. Lalukan pada air paip yang bersih.

3. Gosok pada permukaan buah, dengan kain ataupun berus lembut.

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Kredit: Dr Mazliana Mazlan

Artikel asal ini diterbitkan di portal Pa & Ma.


(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!