KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas jurulatih menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, 13 tahun lepas.
Hakim Nooriah Osman membebaskan Zamil Ahmad Murad, 62, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah, terhadap kes pendakwaan.
Peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Zamil ketika dihubungi berkata mahkamah melepaskan anak guamnya, selepas berpuas hati tindakan tertuduh adalah mempertahankan diri selepas diserang menggunakan pisau rambo.
Beliau berkata 21 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk Zamil dipanggil pada perbicaraan yang bermula 7 Dis 2020 hingga 6 Ogos 2023.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kematian Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34, di kawasan semak di belakang sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, antara jam 4.15 petang hingga 4.30 petang pada 1 Feb 2010.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki ditembak mati selepas cuba memecah masuk ke rumah jurulatih menembak MSN itu melalui pintu belakang.
Jurulatih terbabit yang ketika itu berada di pusat latihan menembak, pulang ke rumahnya selepas dihubungi isterinya yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki cuba memecah masuk rumah mereka.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah dan Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala Zamil diwakili barisan peguam diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Rahmat dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman.
Menurut kenyataan itu, pada 12 Feb 2010 Peguam Negara pada masa itu telah memohon untuk Zamil dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).
Kenyataan itu memaklumkan, selepas itu satu inkues telah diadakan pada Mei 2012, yang memutuskan bahawa Zamil terlibat dalam punca kematian secara jenayah, telah menyebabkan satu proses perundangan yang panjang.
"Pihak pendakwaan yang mengikut keputusan inkues tersebut kemudiannya meminda pertuduhan kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian" menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023

Hakim Nooriah membebaskan Zamil selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah, terhadap kes pendakwaan. - Gambar fail/Pexels

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua tahun lima bulan tempoh sukar buat keluarga Baby Syifaa
Tiada sesiapa dapat menafikan yang Baby Syifaa meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh dan dibawa ke klinik dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Bekas jurulatih menembak MSN Terengganu bebas tuduhan sebabkan kematian lelaki
Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas jurulatih menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, 13 tahun lepas.

Kematian Adib disebabkan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali - Hakim Koroner
Rofiah berkata kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).