KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengakui berdepan beberapa kekangan yang tidak dapat diatasi sepenuhnya bagi membekalkan dan menyalurkan air bersih kepada rakyat negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata kekangan itu termasuk masalah kebergantungan kepada sumber air bawah tanah, loji rawatan air (LRA) yang tidak mencukupi, kebocoran air akibat paip lama dan peningkatan populasi.
"Kita juga berdepan masalah kualiti air kerana kebanyakan tanah di negeri ini mengandungi mineral tinggi seperti magnesium yang memerlukan kos tinggi dan tempoh rawatan air lebih lama.
"Dalam keadaan ini berlaku pula kemarau menyebabkan kita terpaksa mengagihkan air mengikut keutamaan secara bergilir-gilir di beberapa kawasan yang mengalami masalah bekalan air yang serius," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah bekalan air di negeri ini selepas Majlis Perasmian Cabutan Kerja Undi Jabatan Kerja Raya, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan Bil 1/2024 di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Izani yang mewakili kerajaan negeri memohon maaf kepada semua pengguna yang terkesan dengan masalah itu dan memberi ruang kepada pihaknya untuk menyelesaikan secara berperingkat.
Beliau memaklumkan akan mengatasi masalah itu selewat-lewatnya pada 2028 selepas beberapa LRA baharu siap dan dengan harapan mendapat kerjasama kerajaan Persekutuan untuk membantu penukaran paip lama dalam tempoh itu.
"Paip lama sedia ada tidak dapat menampung jumlah tekanan air yang banyak untuk disalurkan kepada pengguna kerana sudah reput dan berdepan risiko kebocoran," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata masalah bekalan air di beberapa kawasan di Bachok sedang diatasi melalui perkongsian LRA Chicha dan Pasir Tumboh semetara LRA di Telok dijangka siap pada April ini.
"Kita tahu air adalah sumber penting dan utama, kami memohon maaf kerana tidak sempat membekalkan air. Cuma kami harap rakyat dapat bersabar dan beri kami masa untuk selesaikannya dan dalam tempoh itu kita akan usahakan pelbagai cara termasuk bantuan penghantaran air ke rumah yang terkesan," katanya.
Hari ini Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) menyatakan gangguan bekalan air di Gunung, Bachok khususnya di Taman Putri Saadong dan kawasan berhampiran bersifat berkala dan sementara.
AKSB memaklumkan punca bekalan air terputus kerana bekalan yang diterima daripada LRA Chicha menyusut berikutan penerobosan air masin di Sungai Pengkalan Datu, Pasir Tumbuh hingga menyebabkan kandungan klorida melebihi kadar dibenarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
![Bekalan air bersih: Kelantan akui berdepan kekangan, perlu kerjasama Persekutuan Bekalan air bersih: Kelantan akui berdepan kekangan, perlu kerjasama Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710754721_TBAIRTAKDA.jpg)
Antara kekangan yang dihadapi termasuk masalah kebergantungan kepada sumber air bawah tanah, LRA yang tidak cukup, kebocoran air dan peningkatan populasi. - Gambar hiasan
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Bekalan air bersih: Kelantan akui berdepan kekangan, perlu kerjasama Persekutuan Bekalan air bersih: Kelantan akui berdepan kekangan, perlu kerjasama Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710754721_TBAIRTAKDA.jpg)
Bekalan air bersih: Kelantan akui berdepan kekangan, perlu kerjasama Persekutuan
Kekangan itu termasuk masalah kebergantungan kepada sumber air bawah tanah, LRA yang tidak cukup, kebocoran air dan peningkatan populasi.
![Henti tuding jari, fokus selesai masalah elektrik dan air Sabah - Ewon Henti tuding jari, fokus selesai masalah elektrik dan air Sabah - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673717255_EwonBenedick.jpg)
Henti tuding jari, fokus selesai masalah elektrik dan air Sabah - Ewon
Semua ADUN dan Ahli Parlimen Sabah tidak kira kerajaan mahupun pembangkang diharap dapat bersatu dan bersama-sama mencari kaedah konkrit bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik dan air bersih.
![Chaah tiada bekalan air bersih susulan paip pecah dibawa arus Chaah tiada bekalan air bersih susulan paip pecah dibawa arus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677902012_OnnHafizGhazi.jpg)
Chaah tiada bekalan air bersih susulan paip pecah dibawa arus
Gangguan bekalan air dialami 3,962 akaun dari Chaah hingga ke Kampung Sungai Haji Kamisan.
![Adaptasi teknologi IR 4.0 bantu kurangkan kos operasi rawatan air di Melaka Adaptasi teknologi IR 4.0 bantu kurangkan kos operasi rawatan air di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658914083_TBSULAIMANMDALI.jpg)
Adaptasi teknologi IR 4.0 bantu kurangkan kos operasi rawatan air di Melaka
Sulaiman berkata pembangunan pesat telah menyebabkan permintaan air bersih semakin meningkat.
![Perancis siap sedia hadapi gelombang panas keempat Perancis siap sedia hadapi gelombang panas keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659914571_FontainsOfTrocader.jpg)
Perancis siap sedia hadapi gelombang panas keempat
Keadaan itu menyebabkan beberapa kampung terputus bekalan air bersih dan petani memberi amaran kekurangan hasil menjelang musim sejuk.
![RM120 juta diperlukan untuk baik pulih sistem paip RM120 juta diperlukan untuk baik pulih sistem paip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651874062_AIRPULAU.jpg)
RM120 juta diperlukan untuk baik pulih sistem paip
Keadaan paip ke Pulau Redang berusia lebih 25 tahun yang uzur itu menyebabkan sering berlaku kebocoran.
![Kualiti air sungai di Selangor masih selamat - MB Kualiti air sungai di Selangor masih selamat - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648589526_AirSelangor.jpg)
Kualiti air sungai di Selangor masih selamat - MB
Hanya dua sungai di negeri berkenaan berada pada kategori sederhana iaitu Sungai Klang dan sebahagian kecil di hulu Sungai Langat.
![Banjir: Penduduk Kampung Mandeling terputus bekalan air bersih, jambatan runtuh lebih seminggu Banjir: Penduduk Kampung Mandeling terputus bekalan air bersih, jambatan runtuh lebih seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640584373_banjirhuluklang.jpg)
Banjir: Penduduk Kampung Mandeling terputus bekalan air bersih, jambatan runtuh lebih seminggu
Kira-kira 19 buah rumah di Kampung Mendeling, Hulu Langat terputus bekalan air bersih, lebih seminggu yang lalu akibat banjir besar yang melanda kawasan itu, Sabtu lalu.
![Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609986803_banjir.jpg)
Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar
Kesemua mereka adalah pelancong yang mendaftar masuk di empat resort di Taman Negara semasa cuti hujung tahun.
![Gangguan bekalan air di daerah Johor Bahru mulai 30 Julai Gangguan bekalan air di daerah Johor Bahru mulai 30 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81555992249_gangguanairbekala.jpg)
Gangguan bekalan air di daerah Johor Bahru mulai 30 Julai
Penyelenggaraan di LRA akan bermula pada pukul 10 pagi pada 30 Julai dan dijadualkan berakhir pukul 9.00 pagi keesokan harinya.