PENAMPANG: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Sabah tidak kira kerajaan mahupun pembangkang diharap dapat bersatu dan bersama-sama mencari kaedah konkrit bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik dan air bersih di negeri itu demi kebaikan rakyat.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata pendekatan itu lebih penting daripada hanya menuding jari yang tidak membawa faedah serta langkah penyelesaian seperti diinginkan rakyat.
"Pada masa ini, kita patut mengumpulkan semua tenaga dan sumber yang ada untuk membantu rakyat yang berdepan masalah air dan juga elektrik. Rakyat memerlukan kepimpinan kuat dan tegas yang boleh mencari penyelesaian," kata Ahli Parlimen Penampang itu.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai menggesa rakyat Sabah supaya tidak mudah terpengaruh dengan cubaan pembangkang untuk menyalahkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan pentadbirannya berkaitan gangguan bekalan elektrik dan air di negeri ini.
Dalam pada itu, Ewon berkata wakil rakyat Pakatan Harapan Sabah juga telah mengadakan satu sesi khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan tambahan besar kepada Sabah dalam usaha menyelesaikan masalah keperluan asas berkenaan.
"Ini juga akan saya kongsikan kepada semua rakan di Sabah, semua ADUN dan Ahli Parlimen di Sabah. Kenapa kita tidak satu hati (kerana) yang kita perlukan adalah peruntukan bukan soal siapa silap dan siapa benar.
"Saya amat yakin bila PM (Perdana Menteri) berkunjung ke Sabah dalam beberapa minggu ini, beliau akan mengumumkan sesuatu yang baik untuk Sabah terutama melibatkan peruntukan tambahan. Secara prinsipnya beliau bersetuju untuk menyediakan peruntukan tambahan tersebut," katanya.
Mengenai majlis, Ewon berkata sebanyak 60 sekolah rendah dan sekolah menengah di Sabah menerima peruntukan bantuan persekolahan melalui program Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sejak Mac lepas.
Bantuan itu melibatkan kumpulan pelajar daripada kalangan asnaf serta keluarga B40 bertujuan membantu meningkatkan akademik pelajar dari sekolah terlibat untuk sesi persekolahan tahun ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

Ewon berkata pendekatan itu lebih penting daripada hanya menuding jari yang tidak membawa faedah serta langkah penyelesaian seperti diinginkan rakyat. - Gambar fail/Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Wanita hamil nyaris maut, pacuan empat roda dihempap kayu balak
Seorang wanita sarat hamil cedera selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bersama suami dihempap kayu balak dalam kejadian di Sungai Udin, Jalan Merotai-Kalabakan, pada Rabu.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.