BANTING: Proses bedah siasat mayat anggota komando yang ditemukan terdampar hari ini di kawasan paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat dekat sini akan dijalankan pagi esok.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata pengecaman mayat Lans Koperal Edrin Baintim, 25, telah dibuat oleh abang kandungnya.
Beliau berkata mayat mangsa yang masih bujang itu ditemukan oleh orang ramai pada kira-kira 10.30 pagi lengkap berpakaian sut penyelam.
"Mayat si mati akan dibedah siasat esok di Hospital Banting bagi mengetahui punca kematian," menurutnya dalam kenyataan di sini.
BACA: Selepas 12 hari, mayat komando lemas ditemui di Tanjung Sepat
Pada 7 Feb lepas, Edrin yang juga anggota tentera darat daripada Grup Gerak Khas (GGK) atau lebih dikenali sebagai komando dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.
Mangsa hilang ketika eksesais 'Pari Harimau' iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) Sungai Udang, Melaka.
Sementara itu, Fikri Abdullah, 41, berkata meskipun sedih dengan kehilangan adik bongsunya itu, dia reda dan bersyukur mayat Edrin akhirnya ditemukan.
Ditanya mengenai reaksi ibu bapa mereka, Fikri berkata susah untuk menggambarkan keadaan mereka yang kini menetap di Kampung Maliau, Tongod, Sabah.
"Ibu dan ayah masih belum terima hakikat yang anak bongsu kesayangan mereka sudah tiada. Sebelum ini, adik pernah beritahu kami yang dia mahu pulang ke kampung tapi disebabkan terlampau sibuk dengan tugasnya, dia menangguh hasratnya itu," katanya kepada Bernama.
Pekerja swasta itu juga berkata mereka sekeluarga sempat berkumpul semasa cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
"Masa itu adik cuti dua hari, kami berkumpul di rumah kakak di Klang, adik tidak ada menunjukkan sebarang perubahan, dia tetap ceria seperti biasa," kata Fikri yang menetap di Semenanjung bersama lima lagi adik-beradiknya.
Katanya Edrin seorang yang tegas tetapi suka bergurau dengan adik-beradik selain amat mengutamakan ibu bapa dan keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023

Edrin (tengah) hilang ketika eksesais 'Pari Harimau' iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) Sungai Udang, Melaka. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bedah siasat mayat anggota komando esok - Polis
Proses bedah siasat mayat anggota komando yang ditemukan terdampar hari ini di kawasan paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat dekat sini akan dijalankan pagi esok.

SAR kesan komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan ditangguh
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota komando yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan Selasa lepas ditangguhkan bermula malam ini.

Anggota komando hilang, tidak berlaku pelanggaran SOP - Adly
Kementerian Pertahanan mengesahkan tiada unsur kecuaian atau pelanggaran SOP yang disengajakan ketika latihan selaman yang menyebabkan seorang anggota komando hilang.