MELAKA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota komando yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan Selasa lepas ditangguhkan bermula malam ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata keputusan itu diambil susulan pencarian anggota tentera pelatih penyelam yang hilang hampir seminggu gagal menunjukkan tanda-tanda penemuan baharu.
"Pelbagai usaha lain juga dilakukan termasuk penggunaan sonar oleh Tim Ukur Medan dari Cawangan Operasi dan Persempadan, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) bagi mengesan objek di dalam air setelah pencarian di permukaan air tidak memberikan apa-apa petunjuk.
"Pencarian di dalam air ini dibantu oleh anggota Pasukan Selam Peperangan Khusus dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Kem Sungai Udang di Melaka, Pasukan Selam Ranjau KD Duyong dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Penyelam Penyelamat APMM namun tiada penemuan walaupun selaman dilakukan lebih 40 meter," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata pihak Pusat Koordinasi Menyelamat Maritim Putrajaya turut mendapatkan bantuan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia kerana berdasarkan data dan maklumat Sistem Perancangan Optimal Mencari dan Menyelamat, terdapat kemungkinan mangsa dihanyutkan ke perairan negara jiran itu namun tiada laporan yang diterima setakat ini daripada agensi tersebut.
Iskandar berkata walaupun SAR yang memasuki hari ketujuh itu ditangguhkan namun aset maritim serta agensi sahabat akan meneruskan rutin rondaan seperti biasa dan pihak Maritim Malaysia akan memberi makluman dari semasa ke semasa sekiranya terdapat petunjuk atau penemuan terbaharu.
"APMM mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan komuniti nelayan atas maklumat serta kerjasama yang baik sepanjang tempoh pencarian ini.
"Jumlah keseluruhan penglibatan dari hari pertama SAR diaktifkan adalah seramai 510 anggota dan sebanyak 22 aset telah diatur gerak terdiri daripada 18 aset di laut dan empat aset di udara dengan luas sektor pencarian lebih kurang 1,040 kilometer persegi," katanya.
Pada 7 Feb lepas, Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang merupakan anggota tentera darat, dipercayai daripada Grup Gerak Khas atau lebih dikenali sebagai komando, dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan.
Mangsa dikatakan hilang ketika eksesais 'Pari Harimau' iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta kursus dari PULPAK Sungai Udang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Keputusan menangguhkan operasi SAR itu diambil susulan pencarian anggota tentera pelatih penyelam yang hilang hampir seminggu gagal menunjukkan tanda-tanda penemuan baharu. - Gambar fail
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Gencatan senjata: Masih awal untuk bergembira - Jurucakap Qatar
Katanya, perbincangan yang dijalankan memperlihatkan perkembangan positif namun masih terlalu awal untuk bergembira.
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
Pembaharuan adalah penting untuk bina ekonomi lebih berdaya tahan - Ahli ekonomi
Pembaharuan adalah langkah penting untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi yang lebih berdaya tahan dan bertenaga yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran domestik dan global.
475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.
Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi
Najib menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi.
Labuan berpotensi jadi hab utama industri tuna global
Industri tuna yang telah lama bertapak di pulau bebas cukai, Labuan berpotensi untuk terus berkembang sekali gus menawarkan manfaat besar kepada ekonomi tempatan.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
SPRM dan FBI akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
Bedah siasat mayat anggota komando esok - Polis
Proses bedah siasat mayat anggota komando yang ditemukan terdampar hari ini di kawasan paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat dekat sini akan dijalankan pagi esok.
SAR kesan komando dikhuatiri lemas di Pulau Undan ditangguh
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota komando yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan Selasa lepas ditangguhkan bermula malam ini.
Anggota komando hilang, tidak berlaku pelanggaran SOP - Adly
Kementerian Pertahanan mengesahkan tiada unsur kecuaian atau pelanggaran SOP yang disengajakan ketika latihan selaman yang menyebabkan seorang anggota komando hilang.