Seorang bayi perempuan 10 bulan mengalami lebam pada bahagian pipi dipercayai didera pengasuh yang dikenali menerusi aplikasi WeChat pada hari pertama dijaga di sebuah rumah di Kuala Kedah, Sabtu lepas.
Ibu bayi itu, 31, yang juga seorang peniaga berkata beliau menghantar anak bongsu daripada dua beradik itu ke rumah pengasuh pada 11 pagi sebelum pergi bekerja dan mengambilnya pada 9.30 malam.
"Waktu itu, pengasuh beritahu pipi anak digigit nyamuk sebelum dia menyapu losyen pada seluruh badan termasuk pipinya dan menyebabkan berlakunya alahan. Dalam keadaan gelap saya tidak syak apa-apa dan terus pulang ke rumah," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Beliau, bagaimanapun terkejut apabila mendapati terdapat kesan lebam pada pipi anaknya sebelum membawanya ke klinik swasta berhampiran pada keesokan hari.
"Saya bawa anak ke klinik pada 9.30 pagi dan doktor maklumkan kesan pada pipi anak bukan akibat alahan tetapi berkemungkinan didera kerana terdapat kesan lebam pada pipi kanan dan kiri.
"Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Langgar sebelum membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan lanjut. Anak telah dimasukkan ke wad kanak-kanak, semalam dan pagi ini akan menjalani pemeriksaan x-ray," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan bahawa pengasuh berusia 40-an itu telah ditahan kira-kira 4 petang semalam untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 13 2018

Beliau, bagaimanapun terkejut apabila mendapati terdapat kesan lebam pada pipi anaknya sebelum membawanya ke klinik swasta berhampiran pada keesokan hari.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bayi perempuan 10 bulan lebam disyaki didera pengasuh
Seorang bayi perempuan 10 bulan mengalami lebam pada bahagian pipi dipercayai didera pengasuh yang dikenali menerusi aplikasi WeChat pada hari pertama dijaga di sebuah rumah di Kuala Kedah.

Mangsa lemas sempat amanahkan hamster kepada adik
Mohammad Affiq Afnan, kanak-kanak yang lemas ketika mandi di sebuah kawasan bekas lombong di Taman Suria sempat mengamanahkan hamster peliharaannya kepada adiknya untuk dijaga.