Mohammad Affiq Afnan Abdur Razaaq, kanak-kanak yang lemas ketika mandi bersama enam rakannya di sebuah kawasan bekas lombong di Taman Suria, di sini, pada Sabtu sempat mengamanahkan hamster peliharaannya kepada adiknya untuk dijaga.
Bapa angkat Allahyarham, Shamsuddin Abdullah, 47, berkata biasanya anaknya itu sukar berkongsi barangan dengan adik beradiknya yang lain.
Shamsuddin berkata, namun pada pagi kejadian, perubahan sikap Allahyarham yang tiba-tiba mengamanahkan hamster yang diperoleh daripada ibu saudaranya kepada adik bongsunya mencuri tumpuan beliau dan isteri, tetapi mereka tidak berkata apa-apa.
"Biasanya arwah jenis susah memberi barangan kepada orang, apatah lagi dia telah berebut hamster berkenaan dengan adik-adiknya yang lain malam semalam.
"Tetapi tiba-tiba dia berbuat demikian, siapalah sangka ini merupakan satu petanda," kata Shamsuddin yang ditemui pemberita di tempat kejadian, malam tadi.
BACA: Mayat dua kanak-kanak lemas ditemui
Menurutnya Allahyarham anaknya itu merupakan anak kelima daripada enam adik beradik dan menjadi anak angkatnya sejak kecil.
Ketika berumur tujuh tahun pula, Allahyarham dikesan hyperaktif menyebabkan dia tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU).
"Disebabkan keadaannya itu, dia selalu bermain dengan anak-anak jiran di kawasan blok rumah kami iaitu di Pangsapuri Kampung Desa Hajah Hasnah, Bakar Batu.
"Tetapi, hari ini dia tiba-tiba di sini, saya pun terkejut," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang Sabtu, Mohammad Affiq Afnan, 9 tahun, bersama enam rakannya mandi di kawasan itu sebelum hilang bersama seorang daripadanya iaitu Norfifi Alisha Natalia Afidan Shah, 12 tahun.
Mayat Norfifi Alisha Natalia ditemui pasukan penyelamat pada 6.26 petang manakala Mohammad Affiq Afnan, pada 8.30 malam, di tepi lombong berkenaan.
Lima yang selamat pula, adik kepada Norfifi Alisha Natalia iaitu Mohd Danish Ashraf Afidan Shah, 10; serta empat rakan - Rizman Ismail, 13; Ghismawi Ismail, 9; Muaz Ibrahim, 9; dan Mohd Danish Omar, 10.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 23 2018

Mohammad Affiq Afnan (gambar) bersama enam rakannya mandi di kawasan itu sebelum hilang bersama seorang daripadanya, iaitu Norfifi. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.

Hak jagaan adik Zayn Rayyan diserah kepada nenek saudara
Mahkamah Majistret di sini memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya, bermula Jumaat.

Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Jenazah pelakon, pengarah Jit Murad selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara kira-kira pukul 3.15 petang ini.

PdPR: Kakak jadi 'guru' bantu tiga adik ikuti pembelajaran
Bergelar anak sulung bukan satu cabaran yang kecil, apatah lagi selepas kehilangan ibu bapa tempat bergantung harap.

Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia
Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa UMNO mempunyai akaun yang tidak didedahkan.

JKM kemuka permohonan hak jagaan dua adik kanak-kanak lemas dalam tong esok
Permohonan itu ditangguhkan susulan kedua-dua beradik perlu menjalani pemerikaan kesihatan termasuk ujian calitan di Hospital Melaka hari ini.

Kerana hutang, adik ugut tikam dan bunuh kakak
Tertuduh Muhamad Shah Izuan Azmi, 28, yang pada awalnya mengaku bersalah bagaimana menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Zahid sumbang RM5.9 juta kepada adik untuk beli dua banglo - Saksi
Perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh adik Ahmad Zahid iaitu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AL-Falah.

Adik Jamal Abdillah meninggal dunia
Menurut penghibur tersohor itu, Allahyarham Hamka menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit jantung.