KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara kira-kira pukul 3.15 petang ini.
Pelakon teater, pengarah dan penulis terkenal negara itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung Sabtu lepas.
Adiknya, Noor Azhar Murad, 56, memberitahu bahawa beliau mengetahui berita tentang kematian abangnya itu daripada rakan-rakannya.
"Saya selalu juga berhubung dan berbalas mesej dengan arwah, tapi dia tidak menunjukkan apa-apa masalah dan berada dalam keadaan yang baik," katanya ketika ditemui Bernama di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.
Noor Azhar turut memaklumkan proses untuk menguruskan jenazah mengambil masa agak lama ekoran situasi COVID-19 yang sedang melanda negara.
BACA: Serangan jantung punca kematian, jenazah Jit Murad dikebumikan hari ini
"Jenazah Allahyarham diuruskan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan melalui proses pemeriksaan ujian COVID-19 serta autopsi, tambahan pula arwah meninggal dunia pada hari minggu, sebab itu ia mengambil masa sedikit (urusan)," katanya.
Allahyarham Jit ditemui meninggal dunia oleh rakan-rakan di kediamannya di Bukit Damansara pada Sabtu pukul 2.15 petang, selepas usaha awal menghubunginya gagal.
Jit Murad merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor dan abang kepada penerbit filem Na'a Murad.
Allahyarham mula bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987 dan antara filem yang pernah dibintanginya ialah Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya.
Allahyarham turut dikenali sebagai seorang penulis yang prolifik di Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan beberapa naskhah kontemporari yang pernah meraih anugerah termasuk di Anugerah Boh Cameronian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022

Allahyarham Jit ditemui meninggal dunia oleh rakan-rakan di kediamannya di Bukit Damansara pada Sabtu pukul 2.15 petang, selepas usaha awal menghubunginya gagal. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jenazah pelakon, pengarah Jit Murad selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara kira-kira pukul 3.15 petang ini.

Serangan jantung punca kematian, jenazah Jit Murad dikebumikan hari ini
Perkara itu dimaklumkan sahabat karib Allahyarham, Tina Fadzil hasil laporan bedah siasat yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

'Tak sedap hati, risau tiada khabar daripada Jit Murad minggu lalu' - Tina Fadzil
Tina memberitahu, kali terakhir dia berjumpa Jit Murad adalah pada hujung bulan lalu namun Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan atau tanda pelik.

'Kami temui Allahyarham sudah tidak bernyawa' - Teman baik Jit Murad
Allahyarham Jit menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun.

Penulis, pelakon Jit Murad meninggal dunia
Penulis, pelakon teater dan filem terkenal, Jit Murad dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu..