Seorang bapa longlai selepas melihat mayat anak sulungnya tersepit pada lif mengangkat barang ketika sedang bekerja di sebuah kedai perkakas di Jalan Pekan Pendang, Pendang, pada Selasa.
Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, dari Kampung Paya Palas, Pendang, maut selepas ditemukan tersepit pada jurang antara lif barang dan siling di bangunan kedai dua tingkat itu pada 3 petang.
Bapa mangsa, Zaini Saad, 45, berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang rakan kerja anaknya yang datang ke rumahnya di Kampung Paya, Kuala Rimau, di sini.
"Saya ada di rumah dan dalam 3.30 petang, rakan sekerja anak datang beritahu yang anak saya kemalangan, jadi saya terus bergegas ke tempat kerjanya sebelum masuk untuk melihat mayat anak. Saya terus longlai dan sedih melihat keadaan anak ketika itu.
"Saya terus keluar dari kedai bagi membolehkan pihak bomba mengeluarkan mayat anak sebelum menaiki jip polis ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini, pada Selasa.
Zaini berkata anak sulungnya itu baru saja bekerja di kedai terbabit sejak empat bulan lalu bagi membantu keluarga dan tiga adiknya selepas berhenti kerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur.
"Dia mula bekerja sejak berumur 15 tahun dan seorang yang sangat berdikari. Bila dia minta saya carikan tempat kerja di kampung, saya bantu carikan...saya ingat tiada masalah kerana bekerja di dalam kedai tetapi ini semua sudah takdir.
"Saya reda manakala isteri, Chik Saad, 40, berada di rumah kerana masih dalam keadaan sedih," katanya.
Zaini berkata mayat anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kuala Rimau, Pendang selepas proses bedah siasat selesai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2017

Zaini Saad (kiri) berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang rakan kerja anaknya yang datang ke rumahnya di Kampung Paya, Kuala Rimau. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

97.3 peratus eskalator, 93 peratus lif di stesen LRT berfungsi dengan baik - Wee Ka Siong
Isu kerosakan eskalator dan lif di stesen LRT di Lembah Klang dijangka dapat diselesaikan menjelang September depan.

Tiga cedera lif terjatuh dari tingkat dua
Tiga individu cedera apabila lif dinaiki terjatuh dari tingkat dua di Wisma Elken, Jalan Klang Lama.

Warga emas hampir maut terperangkap dalam lif
Wanita warga emas itu terperangkap bersama tujuh individu lain serta seorang kanak-kanak selama hampir sejam.

Lif 'outdoor' tertinggi di dunia, bawa pengunjung ke puncak dalam 88 saat
Ia membawa pelancong ke kawasan puncak yang diilhamkan dari rimba fiksyen Pandora seperti yang terdapat dalam filem Avatar.

Tiga cedera lif rosak di Jinjang
Terdapat tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak menaiki lif berkenaan dari tingkat lima apabila tiba-tiba ia menggelungsur secara perlahan.

Tiga lelaki samun, tumbuk jurujual dalam lif ditahan
Tiga lelaki berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini sejak Khamis hingga Ahad hasil risikan dan intipan dijalankan polis selepas kejadian tersebut.

Perlukah Pegawai JKKP terlibat sama setiap kali penyelenggaraan lif?
Bagi tujuan tersebut, lif hendaklah direkabentuk, dipasang dan diselenggara oleh firma yang kompeten dan berdaftar dengan JKKP sebagai syarikat pemasang, penyelenggaraan dan pemeriksa lif.

Lif terhempas: Terdapat laporan awal kerosakan - Bomba
Terdapat tanda awal kerosakan lif yang telah dimaklumkan oleh penghuni di Blok C Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Kg Kerinchi, Pantai, di ibu negara.

Samun MRT: Suspek cuba ubah penampilan 'cukur kepala' sebelum ditahan - Polis
Suspek kes samun seorang wanita di Sistem Aliran Massa MRT di Cheras 14 Februari lalu cuba mengubah penampilan diri ketika ditangkap.

Samun MRT: Suspek direman 7 hari
Suspek yang didakwa menyamun seorang wanita dalam sebuah lif di Stesen Aliran Transit MASSA (MRT), Taman Mutiara, Cheras, pada Khamis lalu direman selama seminggu bermula hari ini.