Suspek kes samun seorang wanita di Sistem Aliran Massa MRT di Cheras 14 Februari lalu cuba mengubah penampilan diri ketika ditangkap.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, suspek berusia 26 tahun itu sedang mencukur rambut ketika diserbu di rumahnya di Pangsapuri Taman Cheras pada malam isnin.
“Pihak kita (polis) telah memburu suspek berkenaan, kita dah dapat maklumat mengenai identiti suspek pihak kita pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9 Ibu Pejabat Polis Cheras kira kira jam 8.10 malam telah pergi ke sebuah pangsapuri Taman Cheras. Dia (suspek) sewa rumah itu daripada seorang lelaki Cina dengan sewa RM600 sebulan.”
“Pasukan telah ke premis terbabit dan berjaya menangkap suspek. Ketika itu, suspek sedang mencukur rambut dipercayai cuba mengaburi pihak polis daripada dikesan," jelasnya.
Pemeriksaan di Premis terbabit membawa kepada penemuan 19 buah telefon bimbit pelbagai jenama, beberapa keping kad bank dan peralatan dipercayai digunakan bagi jenayah samun dan pecah masuk.
Saringan air kencing keatas suspek mendapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphatamine.
Suspek juga mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan samun.
Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai telah melakukan jenayah samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam berhadapan Stesen MRT berkenaan sebelum menyamun mangsa.
“Suspek ini pada jam 6.30 pagi telah ke sebuah kedai serbaneka 24 jam dan melakukan samun disitu dengan mengambil 11 buah kotak rokok sebelum diletakkan ke dalam bakul motosikal miliknya.”
“Pada masa yang sama, suspek telah melihat mangsa berjalan seorang diri di Stesen MRT Pintu B dan bertindak mengekori mangsa sehingga ke dalam lif sebelum menyamun mangsa," ujarnya.
Ujarnya, pemeriksaan ke atas tubuh suspek menemui Tatu dipercayai anggota ahli kongsi gelap 'Geng 08'.
Suspek direman selama 7 hari sehingga 25 Februari depan dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun penjara atau denda atau sebatan.
Fareez Azman
Tue Feb 19 2019
Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai telah melakukan jenayah samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam berhadapan Stesen MRT berkenaan sebelum menyamun mangsa. - Foto Astro AWANI
Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.
AWANI Ringkas: Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
[TERKINI] Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah majistret Mersing atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but kereta bulan lalu.
tenaga kerja, buruh, teknologi, masa depan pekerjaan, Buletin AWANI
Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman mengupas berkenaan masa depan tenaga kerja negara termasuk melihat kepada cabaran, peluang dan ruang penambahbaikan.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Polis cari Siti Maizatul Hasni
Wanita berkenaan dikehendaki untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dua NGO buat laporan polis dakwa Sanjeevan hina Raja-raja Melayu
Ia atas dasar mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dari terus dipermainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kanak-kanak hilang ditemukan selamat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di Cheras, di sini kelmarin ditemukan selamat.
Bantu cari Kelvin, kanak-kanak hilang sejak semalam
Polis sedang mencari seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di Cheras, sejak semalam.
19 anggota IPD Cheras disahkan positif COVID-19 - Ketua Polis KL
Terdapat sebahagian daripada anggota dari IPD Cheras yang masih menunggu keputusan secara berperingkat, daripada Pegawai Kesihatan Daerah.
Samun MRT: Suspek cuba ubah penampilan 'cukur kepala' sebelum ditahan - Polis
Suspek kes samun seorang wanita di Sistem Aliran Massa MRT di Cheras 14 Februari lalu cuba mengubah penampilan diri ketika ditangkap.
Polis tahan suspek samun lif MRT
Polis telah menahan suspek lelaki yang menyamun seorang wanita dalam sebuah lif di stesen aliran transit massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lepas.