Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan mencederakan seorang jurujual sehingga kerugian RM25,000 dalam lif sebuah pangsapuri ketika mangsa mahu ke rumah rakannya di Bandar Perai Jaya di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata, 3 lelaki berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini sejak Khamis hingga Ahad hasil risikan dan intipan dijalankan polis selepas kejadian tersebut.
“Seorang daripada mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 32 tahun merupakan dalang utama kes itu dan susulan penahanan 3 suspek tersebut.
“Polis merampas sebuah kereta Toyota Vios serta telefon bimbit jenis iPhone yang disamun daripada mangsa,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, 2 daripada suspek adalah penganggur dan ketiga-tiga lelaki itu, yang memiliki pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, kini direman untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian pada 12.15 tengah malam itu, mangsa berusia 27 tahun yang menyewa di Jelutong ingin bertemu rakan beliau yang tinggal di tingkat 16 pangsapuri tersebut sebelum didatangi 3 lelaki yang masuk bersamanya ke dalam lif.
Seorang daripada lelaki itu bertanyakan soalan kepada mangsa sebelum mereka bertindak mencekik lehernya dan berlaku pergelutan apabila mangsa cuba menyelamatkan diri.
Suspek menumbuk pipi kiri dan kanan serta mulut mangsa sebelum bertindak merampas barangan peribadi seperti dompet, kunci kereta dan telefon pintar jenis iPhone X.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020

Polis merampas sebuah kereta Toyota Vios serta telefon bimbit jenis iPhone yang disamun daripada mangsa.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Tiga lelaki samun, tumbuk jurujual dalam lif ditahan
Tiga lelaki berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini sejak Khamis hingga Ahad hasil risikan dan intipan dijalankan polis selepas kejadian tersebut.

Selamba curi televisyen di pasar raya, suspek akhirnya diberkas
Kehilangan televisyen tersebut disedari jurujual kiosk terbabit yang ketika itu baru hendak memulakan perniagaan.

Janin ditemui tersangkut pada jeriji perangkap sampah
Janin itu ditemui oleh seorang pekerja syarikat tersebut kira-kira jam 11.45 pagi ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di loji berkenaan.