IPOH: Seorang pemandu kereta yang videonya tular membawa tiga anak kandungnya mengeluarkan sebahagian badan dari kenderaan miliknya Mac lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Selasa.
Tertuduh, T. Vengadasalabathi, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga tuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut kertas pertuduhan, ejen insuran itu didakwa mendedahkan anak-anaknya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin di samping tertuduh dilarang mendekati kanak-kanak berkenaan.
Bagaimanapun, peguam K. Nathan yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM2,500 untuk setiap pertuduhan dan mengenepikan larangan mendekati kanak-kanak berkenaan kerana mereka adalah anak kandung tertuduh di samping ia bukan melibatkan kes dera atau gangguan seksual.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan berjumlah RM9,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada 24 Mac lalu, polis menahan seorang lelaki di Sunway City Ipoh selepas mengesan video berdurasi seminit dua saat di laman Facebook memaparkan tiga kanak-kanak melakukan aksi berbahaya dalam sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya.
BACA: Video tular: Polis tahan bapa kanak-kanak papar aksi berbahaya
Abd Razak Mohd Ali
Tue May 31 2022

Tertuduh ketika di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa. - Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan
Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi.

F1 uji peranti penyejuk untuk pemandu
Gabungan cuaca panas, pemakaian topi keledar serta pakaian kalis api pada hari perlumbaan boleh menyebabkan pemandu kereta F1 tidak selesa.

Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis
Pemandu lori terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai didapati tidak memiliki lesen memandu.

Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.

Tular tumbuk pemandu, seorang lelaki ditahan
Suspek didakwa bertindak sedemikian akibat marah terhadap mangsa mengenai penggunaan isyarat lampu kenderaan.

Pemandu dan kelindan dipercayai 'lalok' terlibat kemalangan
Pemandu dan kelindan yang berusia 32 dan 39 tahun itu cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan bahu kanan.

Pemandu bas ekspres maut nahas tiga kenderaan
Mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang rentung nahas di Lebuhraya Guthrie
Mangsa yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu rentung kereta terbakar
Seorang individu maut dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Shapadu, Kg Sungai Pinang, Klang, Selangor.

Van kilang terbabas, 10 termasuk pemandu cedera
Pemandu van kilang tersepit, manakala sembilan lagi penumpang terdiri daripada pekerja wanita dan lelaki cedera.