LABUAN: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan atas dakwaan menumbuk seorang pemandu berdekatan lampu isyarat Jalan Patau-Patau pada 12 April lalu.
Video kejadian yang tular itu turut disusuli dengan laporan polis oleh mangsa yang mendakwa ditumbuk beberapa kali oleh suspek sebelum bertindak mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, suspek didakwa bertindak sedemikian akibat marah terhadap mangsa mengenai penggunaan isyarat lampu kenderaan sebelum masuk ke jalan sebelah kanan.
"Akibat kejadian, mangsa luka di bahagian dahi, pendarahan pada hidung dan juga sakit pada bahagian mata. Kenderaan mangsa juga mengalami kerosakan.
"Isteri mangsa turut ada bersama pada masa kejadian menyebabkan mangsa ketakutan," ujar beliau dalam kenyataan media pada hari Ahad.
Susulan laporan yang dibuat, suspek ditahan pada jam 3.45 petang, Ahad bagi membantu siasatan.
Pihak polis turut mengingatkan orang awam agar menghentikan sebarang spekulasi mengenai video tular berkenaan yang boleh membawa kegusaran awam selain mengganggu siasatan kes.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 45 saat memaparkan seorang lelaki menuju ke arah sebuah kenderaan yang kemudiannya membawa kepada pertengkaran dengan pemandu berkenaan sebelum lelaki tersebut didakwa menumbuk muka mangsa beberapa kali sehingga berdarah.
Abdul Hafiz Mustadi
Sun Apr 16 2023

Video kejadian yang tular di media sosial.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Katanya, kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi Kanada dan melindungi masa depan negara itu.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017.

Kerajaan sasar RM9 bilion dijana daripada jualan kayu getah terawat
RISDA telah ambil langkah proaktif menerusi cadangan pelaksanaan program TGBB bagi mengurangkan kebun getah terbiar.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

KPN sasar 100 KRT baharu tahun ini - Aaron
Buat masa ini terdapat 8,529 KRT di seluruh negara, di mana 91 daripadanya ditubuhkan pada tahun lepas.

Polis Perak kenal pasti 21 kawasan 'blackspot' kemalangan
Polis Perak mengenal pasti 21 lokasi blackspot atau kawasan sering berlaku kemalangan ketika musim perayaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu merah
Pihak polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan.

Sistem 'lampu isyarat', penarafan PBT tahun depan - KPKT
Inisiatif itu sebahagian daripada usaha kementerian untuk memastikan lebih akauntabiliti dan ketelusan dalam tadbir urus tempatan.

Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.

Wanita dihempap kayu balak stabil
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Selasa lepas, kini dilaporkan stabil.

Polis buru pemandu lori langgar lari
Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kes kemalangan berkenaan sekitar jam 4 petang.

Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

RM2.2 juta peruntukan untuk selenggara lampu jalan, lampu isyarat di laluan Ipoh-Lumut
Proses penyelenggaraan itu telah bermula pada Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya sekitar November ini.

Beri alasan lampu isyarat belum merah
Siasatan mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Sekolah Tuanku Abdul Rahman.