SEREMBAN: Bapa kepada seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang meninggal dunia di pusat jagaan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan, 22 Februari lalu memberi tempoh dua minggu kepada pihak polis untuk mengemukakan hasil siasatan selanjutnya.
Yuseri Yusoff, 39, berkata, mahu keadilan kepada Allahyarham anaknya kerana selepas 37 hari kematiannya masih belum ada sebarang pendakwaan dibuat termasuk individu direman.
"Polis berjanji satu siasatan yang adil akan dilakukan di mana individu bertanggungjawab akan dibawa kepada pihak pendakwaan.
"Kami hanya ingin jernihkan keadaan dan lebih kepada mahu menuntut pembelaan.
"Saya telah berbincang dengan peguam pemerhati dan kami bagi masa dua minggu kepada polis (untuk kemukakan siasatan)," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban, di sini, pada Rabu.
Beliau sebelum itu hadir ke IPD bersama dua peguam pemerhati iaitu Muhammad Amin Anuar dan Musfira Mohd Fahmi bagi memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya pada 28 Mac lalu di IPD Sentul.
Yuseri dimaklumkan kertas siasatan kes telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara namun belum pasti pertuduhan akan dibuat mengikut seksyen apa.
Sementara itu Muhammad Amin berkata, kebiasaannya dalam mana-mana kes, sebaik saja laporan polis dibuat, akan ada yang individu ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Bagaimana pun katanya, berbeza dengan kes 'Baby Syifaa' kerana sehingga kini tiada sebarang pendakwaan dibuat dan ia menimbulkan keraguan kepada keluarga.
"Kita bersetuju beri ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dan jika tiada sebarang perkembangan selepas tempoh dua minggu, kita akan ambil tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang.
"Kita menghormati polis dan sistem keadilan.
"Cuma tertanya-tanya kenapa kes ini yang mempunyai bukti berdasarkan pandangan dan nasihat daripada pakar-pakar forensik berhubung kematiannya tiada nampak perkembangan selanjutnya, seolah-olah ada kelompangan," katanya.
Sehubungan itu katanya, jika tiada perkembangan lanjut, pihaknya akan mengemukakan cadangan supaya inkues diadakan termasuk melakukan autopsi semula kepada mayat anak guamnya.
"Saya berharap anak guam saya dapat keadilan dan sekurang-kurangnya ada pendakwaan dibuat," katanya.
Sebelum ini Yuseri menerusi laman Facebook miliknya mendakwa bayinya dijerut bukannya terjerut serta berkongsi #Justice4BabySyifaa.
Sinar Harian melaporkan, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3 petang di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, berdasarkan siasatan awal, sebelum itu mangsa telah diberi susu oleh pengasuh dan dimasukkan ke dalam bilik tidur bersama dua kanak-kanak lain pada pukul 12.30 tengah hari.
"Mangsa ditidurkan dalam buaian dan dua kanak-kanak lain ditidurkan dalam buaian jenis 'rocker'.
"Selepas itu pengasuh keluar dari bilik pada pukul 2 petang untuk melakukan tugas-tugas lain," katanya.
Menurutnya, pada pukul 3 petang, pengasuh masuk semula ke dalam bilik dan mendapati mangsa dengan keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.
Jelasnya, pengasuh kemudian telah melakukan bantuan kecemasan kepada bayi terbabit namun mangsa didapati tidak bernafas.
"Dia kemudian telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk pemeriksaan lanjut namun doktor yang merawat mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia pada pukul 4.30 petang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 30 2022

Yuseri (kiri) bersama peguam pemerhatinya membuat sidang media di luar IPD Seremban. - Foto Sinar Harian

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Dua tahun lima bulan tempoh sukar buat keluarga Baby Syifaa
Tiada sesiapa dapat menafikan yang Baby Syifaa meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh dan dibawa ke klinik dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Kematian Baby Syifaa disebabkan tekanan pada leher - Mahkamah Koroner
Koroner berkata, kematian Nour Rania Asyifaa bukan satu kemalangan atau kecelakaan tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian.

Bapa ‘Baby Syifaa’ didakwa salah guna wang RM67,000
Bapa kepada 'Baby' Syifaa, Yuseri Yusoff mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan menyalah guna wang milik seorang wanita sebanyak RM67,000 pada tahun lalu.

Kes tipu yuran guaman: Aktivis perjuang kematian anak ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang aktivis yang memperjuangkan kes kematian anaknya di rumah pengasuh, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Inkues Baby Syifaa: 'Saya tak sebut perkataan bunuh' - Amidon
Amidon Anan berkata tidak ada memberikan pendapat yang mangsa kemungkinan mati disebabkan dibunuh.

Inkues Baby Syifaa: Pakar forensik Thailand antara enam saksi baharu
Enam saksi itu termasuk bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan dan bekas Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof.

Bapa 'Baby Syifa' diarah tidak buat kenyataan
Mahkamah memerintahkan bapa 'Baby Syifa', Yuseri Yusoff, 39, supaya tidak membuat sebarang komen atau berkongsi maklumat dan dokumen berkaitan kes kematian anaknya di media sosial.

Bapa 'Baby Syifaa' beri masa dua minggu
Yuseri mahu keadilan kepada anaknya kerana selepas 37 hari kematiannya masih belum ada sebarang pendakwaan dibuat.