Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) berharap lebih ramai pihak tampil memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukannya dalam membantu pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Pengasas YPM, Muhamad Akmal Mohamad Dahalan berkata sokongan itu boleh diberikan dalam bentuk sumbangan kewangan, geran dan kerjasama strategik, khususnya oleh institusi pengajian untuk menawarkan tempat kepada pelajar terbabit.
"Secara asasnya, YPM menyediakan bantuan pemudahcara kepada semua kaum dari golongan B40 dan asnaf melanjutkan pelajaran ke menara gading melalui Program Selangkah Ke Menara Gading.
"Melaluinya, pelajar terpilih yang berdaftar dengan YPM akan diberikan bantuan awalan melibatkan yuran pengajian, penginapan, pengangkutan serta diberikan elaun bulanan dan kelas bahasa Inggeris," katanya pada majlis makan malam dan apresiasi yayasan itu malam tadi.
Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Gazali Abas.
Muhamad Akmal berharap majlis makan malam itu akan menjadi platform memperkenalkan inisiatif yang dijalankan YPM seterusnya menarik perhatian individu, badan bukan kerajaan, syarikat korporat, dan agensi kerajaan untuk menyumbang ke arah memperkasakan usaha yang dilakukan.
Beliau berkata setakat ini, lebih 400 pelajar telah mendapat faedah daripada inisiatif yang dilakukan YPM sejak penubuhannya pada 2013.
Pada majlis itu, 10 pelajar tajaan YPM yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan merekodkan pencapaian terbaik dalam akademik diberikan anugerah khas yang disampaikan oleh Khalid.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 09 2019

Khalid (kiri) melancarkan portal pendaftaran dalam talian MyYPM: Education For All pada majlis di Putrajaya malam tadi. Turut sama, Mohd Gazali (kanan) dan Muhamad Akmal. --fotoBERNAMA
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

PM Anwar sertai 10,000 hadirin berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Anwar yang lengkap berpakaian baju Melayu bewarna biru muda tiba di perkarangan masjid sekitar jam 7 malam.

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz
MAIWP menyediakan 38 skim bantuan merangkumi kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan perlindungan dari pusat asuhan hingga ke IPT.

Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf
Lebih daripada 30 asnaf bersama ahli keluarga mereka telah diraikan di Majlis Graduasi MyREF Hijrahpreneur Skills Program (MyREF HSP) di Auditorium High Impact Research, Universiti Malaya.

MAIWP korban 17 ekor lembu untuk asnaf sempena ulang tahun ke-50
Diagihkan kepada 500 asnaf dari sekitar Parlimen Batu, sumbangan daripada individu, warga kerja MAIWP serta anak-anak syarikat MAIWP.

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf MAIWP
MAIWP akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas sebanyak RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut Aidiladha.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.

MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.

The Raw. infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf
Dijayakan bersama Pertubuhan Kebajikan Richworks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis).