KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meraikan ulang tahun ke-50 penubuhannya dengan menganjurkan Program Ibadah Korban Perdana 1445H/2024M.
Sebanyak 17 ekor lembu dikorbankan dengan anggaran 1,300 bungkus daging untuk diagihkan kepada 500 asnaf dari sekitar Parlimen Batu, sumbangan daripada individu, warga kerja MAIWP serta anak-anak syarikat MAIWP.
Program yang berlangsung di Padang Bola Kompleks Darul Kifayah, Batu Caves pada Rabu dijayakan dengan kerjasama Koperasi MAIWP, MAIWP FC, dan Pertubuhan Kebajikan Imam Bilal (PERKIB).
Usaha ini memperlihat usaha MAIWP dalam membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama merayakan Aidiladha, di samping mengerat hubungan silaturrahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan MAIWP dengan masyarakat setempat.
Hadir sama menyempurnakan acara adalah Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, yang menyatakan bahawa pihaknya akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan komited untuk memastikan tiada asnaf tercicir daripada kehidupan yang sejahtera.
“Kita (MAIWP) menggunakan beberapa kaedah untuk mencari asnaf, antaranya dengan aplikasi mudah alih Jejak Asnaf (MoJA) yang mana sesiapa sahaja yang jumpa orang yang memerlukan pertolongan, boleh laporkan dalam aplikasi tersebut dan kita akan hantar Skuad Jejak Asnaf untuk menjejak mereka.
“KPI kita dalam 48 jam mereka perlu selesaikan kes berkenaan, dan kita akan terus berikan bantuan selepas mereka direkodkan dalam sistem.”
Daripada 17 ekor lembu yang dikorbankan, dua disumbang oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Hospital Pusrawi 1 ekor, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) sebanyak 2 ekor, dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) 1 ekor, sementara MAIWP Healthcare Sdn Bhd menyumbang wang tunai.
MAIWP yang ditubuhkan pada 1 Februari 1974 bersempena dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berobjektif untuk menjaga hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum ini diletakkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
MAIWP juga bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya berikutan pengumumannya sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001.