PASIR MAS: Banjir di daerah Pasir Mas dilaporkan semakin baik apabila banyak kawasan tidak lagi digenangi air dan ia memberi kelegaan kepada penduduk untuk kembali pulang ke kediaman masing-masing.
Namun bagi penduduk di Kampung Kolam, Gelang Mas, mereka masih lagi tidak dapat menarik nafas lega kerana berdepan dengan risiko ancaman haiwan berbisa serta buaya.
Ancaman ini semakin serius apabila air dari Sungai Kalor melimpah dan menenggelamkan hampir keseluruhan kawasan kampung yang turut terletak berdekatan dengan hutan dan sawah padi.
Jelas salah seorang penduduk, Che Abdul Razak Ahmad, jika sebelum banjir, beberapa kes buaya naik ke darat pernah dilaporkan.
“Kalau tak ada banjir ni pun buaya ada naik ke kampung, inikan pula ketika banjir ni iaitu air sungai sudah melimpah ke kampung ini.
“Kes sebelum ini buaya ini banyak berada di kandang kambing, tapi kami risau juga kalau banjir ni ada yang berada di sekitar kawasan kampung,” jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Kedudukan kampung yang berdekatan dengan hutan dan sawah padi juga mengundang risiko haiwan berbisa lain.
Jelas seorang lagi penduduk, Mohd Zaki Ismail, haiwan peliharaannya seperti itik dan ayam sering hilang, dikhuatiri dibaham ular sawa.
“Rumah saya ini di sebelah hutan, jadi kita tahulah banyak haiwan berbisa dan ular sawa ini.
“Kami perlu berhati-hatilah ketika banjir ini, risau ada perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Rata-rata penduduk mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali bencana menimpa kampung mereka yang kali ini merupakan kali ketiga berlaku dalam tahun 2022.
Ketika ini air banjir di sebahagian besar kampung berkenaan masih belum surut dan memaksa mereka meredah air bah untuk ke rumah bagi proses pembersihan.
Hafizi Rosli
Sun Dec 25 2022

Salah seorang penduduk, Mohd Zaki Ismail memaklumkan beberapa ekor itik dan ayam peliharaannya pernah dibaham ular sawa ketika sebelum banjir - Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.