SHAH ALAM: Bukan mudah untuk melupakan kenangan membesar di rumah yang dihuni sejak lebih 36 tahun lalu.
Namun apakan daya, situasi itu perlu dilalui oleh Rahaya Mohd Idris, 39, selepas satu-satu tempat berteduh mengalami kerosakan teruk akibat banjir di Kampung Bukit Lanchong, di sini.
Lebih membinggungkan, kakitangan di sebuah klinik swasta itu buntu untuk mencari sumber kewangan bagi membaik pulih kediaman yang dihuni bersama ibunya, Sumirah Kiorjo, 72.
“Memang tiada (sumber kewangan) buat masa ini. Memang akan mengambil masa yang lama kalau nak kumpul balik duit itu.
“Setakat ini (kami sekeluarga) masih di tinggal di PPS, selepas itu saya tak tahu dekat mana (nak pergi)… dengan kat sini tiada elektrik lagi. Air pun tekanan rendah, ini sahaja lah tempat berteduh,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Jumaat.
Bercerita lanjut, ibu tunggal kepada lima cahaya mata itu berkata, rumah yang didiami itu merupakan peninggalan arwah bapanya.
Semasa kejadian, Rahaya berkata air naik dengan cepat sehingga paras bumbung susulan ban air yang terletak kira-kira 150 meter dari rumahnya pecah.
Keadaan itu menyebabkan pintu dan bumbung rumahnya mengalami kerosakan teruk, selain barangan perabot dan elektrik musnah sekelip mata.
“Harapan kalau ada pihak-pihak yang sudi nak membantu sebab saya dengan emak balu, dan ini sahaja rumah untuk berteduh.
“Tengok kerosakan pun, tak boleh nak cakap apa, kami pun tak tahu nak cakap macam mana…,” luahnya.
Sementara itu, kakaknya, Rohana Mohd Idris, 48, turut berdepan nasib sama.
Ujar Rohana yang bekerja sebagai kerani, kerosakan harta benda yang dialaminya dianggarkan berjumlah RM50,000.
“Mungkin saya perlukan bantuan tetapi tak boleh nak cakap macam mana… nak tak nak kita kena bekerja dan cuba kumpul duit.
“(Tetapi) masalah kita nak sewa rumah, nak baiki rumah lagi. Jadi, kalau ada yang boleh membantu dan ada tempat kediaman pun, dah cukup,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Hasimi Muhamad
Fri Dec 24 2021
Rahaya berkata air naik dengan cepat sehingga paras bumbung susulan ban air yang terletak kira-kira 150 meter dari rumahnya pecah. - Foto Astro AWANI
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.