Muhammad Junaidi Ismail memberitahu, dia bimbang keselamatan sembilan ekor kucing peliharaannya jika ditinggalkan.
Kawasan kediaman Muhammad Junaidi sudah dinaiki air dan mencecah lantai.
Namun katanya, adalah sukar untuk membawa jumlah kucing yang banyak ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana bimbang mengganggu keselesaan penghuni lain.
Menurut Muhamad Junaidi, pada masa sama dia bimbang haiwan peliharaanya dihanyutkan arus sekiranya ditinggalkan di rumahnya di Kampung Pinang Merah, Dungun.
"Kucing ini kalau dibiar begitu sahaja takut berlakunya air pasang, kita tak tahu.
"Sekarang ini ada sembilan ekor, semalam seekor telah mati di bawah rumah.
"Kita nak turun pun takut sebab arus laju semalam, paras air naik sampai ke dahi," katanya.
Jelas Muhamad Junaidi, banjir kali ini adalah antara yang terburuk sejak dia mendiami kawasan terbabit.