PASIR MAS: Beberapa mangsa banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini menyatakan kebimbangan apabila rumah mereka yang diperbuat daripada kayu, kini reput akibat sering ditenggelami banjir.
Che Ali Che Mud, 60, berkata sejak dua tahun lalu rumah pusaka yang didiaminya sering ditenggelami banjir, menyebabkan dinding dan lantai mulai runtuh.
"Kerana rumah selalu rosak, saya mendapat sumbangan kayu baru untuk gantikan lantai pada Oktober lalu, tetapi belum sempat untuk membinanya, air banjir naik melepasi bumbung Ahad lalu.
"Kita guna kayu biasa yang akhirnya mudah reput setiap kali ditenggelami banjir," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini, hari ini.
Che Ali mengakui Kampung Tersang sering dilanda banjir, namun sejak dua tahun lalu apabila sebuah projek tebatan banjir dilaksanakan kira-kira 200 meter dari rumah, situasi banjir semakin buruk malah paras air naik sehingga bumbung rumah.
Che Ali berkata beliau yang tinggal bersama dua anak, Mohd Haziqin, 30, dan Lokman Haqim, 20, setelah isterinya Rahimah Mamat meninggal dunia akibat COVID-19 tahun lepas, terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To' Deh.
"Rumah saya terletak jauh ke dalam kampung dan perlu mengharungi banjir menggunakan bot atau perahu, dengan meredah ladang kelapa sawit serta getah sejauh satu kilometer.
"Banjir melanda Kampung Tersang sejak dua minggu lalu dan air banjir termenung ini biasanya akan surut dalam tempoh jangkaan dua minggu lagi," katanya yang bekerja sebagai buruh.
Seorang lagi penduduk, Joh Che Wil, 80 berkata rumahnya yang diperbuat daripada separa kayu dan batu turut terjejas akibat banjir.
"Bahagian yang diperbuat daripada kayu perlu disalin lantai kerana reput dan beberapa barangan lain seperti perabot turut rosak setelah ditenggelami banjir," katanya.
Katanya pihak berkaitan perlu bertindak segera bagi membolehkan aliran air banjir masuk ke Sungai Lanchang bagi mengelak banjir termenung di kampung tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
![Banjir Kelantan: Rumah penduduk Kampung Tersang makin reput kerap tenggelam Banjir Kelantan: Rumah penduduk Kampung Tersang makin reput kerap tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672051171_TBBANJIRKELANTANPASI.jpg)
Che Ali Che Mud, 60, berkata sejak dua tahun lalu rumah pusaka yang didiaminya sering ditenggelami banjir, menyebabkan dinding dan lantai mulai runtuh. - Gambar/ Bernama
![M Nasir rai ulang tahun kelahiran PM Anwar di konsert Cipta M Nasir rai ulang tahun kelahiran PM Anwar di konsert Cipta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723326856_AnwarIbrahim.jpg)
M Nasir rai ulang tahun kelahiran PM Anwar di konsert Cipta
Anwar hadir pada konsert itu dengan berbusana pahlawan berona coklat serta lengkap bertanjak.
![Pemimpin asing ucap selamat hari jadi kepada PM Anwar sempena hari lahir ke-77 Pemimpin asing ucap selamat hari jadi kepada PM Anwar sempena hari lahir ke-77](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723326232_ucapanpemimpin.jpg)
Pemimpin asing ucap selamat hari jadi kepada PM Anwar sempena hari lahir ke-77
Pemimpin asing menyampaikan ucapan hari jadi kepada Anwar yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-77 dengan mesej muhibah dan sokongan.
![Hanya 10 peratus masjid di Malaysia tubuh koperasi kariah - SKM Hanya 10 peratus masjid di Malaysia tubuh koperasi kariah - SKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670488383_TBRusliJaafar.jpg)
Hanya 10 peratus masjid di Malaysia tubuh koperasi kariah - SKM
Hanya 10 peratus atau 657 daripada lebih 6,000 masjid di seluruh Malaysia menubuhkan koperasi kariah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar.
![Penglibatan swasta dalam projek pembangunan kurangkan beban kewangan Sabah Penglibatan swasta dalam projek pembangunan kurangkan beban kewangan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723300348_TBJoachim.jpg)
Penglibatan swasta dalam projek pembangunan kurangkan beban kewangan Sabah
Sabah sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak swasta untuk turut sama melaksanakan projek pembangunan yang mampu membantu rakyat dan mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri.
![Peningkatan liputan Internet beri kelegaan kepada penduduk Nenggiri Peningkatan liputan Internet beri kelegaan kepada penduduk Nenggiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723287338_Nenggiri.jpg)
Peningkatan liputan Internet beri kelegaan kepada penduduk Nenggiri
Liputan Internet jalur lebar mudah alih dan tetap berkelajuan laju, dapat diakses secara meluas di kebanyakan kawasan berpendudukan padat.
![PRK Nenggiri: Awie beri jaminan manifesto BN bukan retorik PRK Nenggiri: Awie beri jaminan manifesto BN bukan retorik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723300434_TBMohdAzmawi.jpg)
PRK Nenggiri: Awie beri jaminan manifesto BN bukan retorik
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memberi jaminan manifesto yang bakal dilancarkan beliau bukan sekadar retorik.
![Perak pengeluar kerang-kerangan tertinggi tahun lepas - Exco Perak pengeluar kerang-kerangan tertinggi tahun lepas - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61659159875_kerang.jpg)
Perak pengeluar kerang-kerangan tertinggi tahun lepas - Exco
Perak mencatatkan pengeluaran tertinggi kerang-kerangan di negara ini pada tahun lepas iaitu sebanyak 14,469.28 tan metrik.
![Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716429316_MuhammadShahFirdau.jpg)
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
[TERKINI] Azizulhasni dibatal penyertaan keirin pusingan pertama
Nasib malang menimpa Datuk Azizulhasni Awang dalam perlumbaan Sukan Olimpik kelimanya apabila beliau dibatalkan daripada acara Keirin di Paris.
MIC kecewa, dakwa BN gagal bela nasib parti komponen
Sebahagian pemimpin tertinggi MIC yang hadir.
Bekas Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elanggo berucap.
Tan Sri Vigneswara berucap.
Sekitar konvensyen.
Bekas Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elanggo berucap.
Tan Sri Vigneswara berucap.
Sekitar konvensyen.
![Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706075431_TBBANJIRKTAN.jpg)
Penduduk Kuala Krai siap sedia hadapi banjir gelombang keempat
Hujan berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan rata-rata penduduk yang menetap di kawasan rendah di Kuala Krai siap sedia hadapi banjir lagi.
![Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704869992_TBJalanDabongjp.jpg)
Jalan Dabong-Jeli mula dibuka satu lorong - JKR
Laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong - Jeli (FT066) yang terputus akibat kegagalan pembetung, dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum hingga 20 tan) semalam.
![Kos tambahan RM3.75 juta untuk selenggara Jalan Gua Musang-Kuala Krai Kos tambahan RM3.75 juta untuk selenggara Jalan Gua Musang-Kuala Krai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704175415_TBJalanGuaMusang.jpg)
Kos tambahan RM3.75 juta untuk selenggara Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Kos tambahan sebanyak RM3.75 juta diperlukan bagi penyelenggaraan empat lokasi yang dikenal pasti antaranya disebabkan berlubang dan rosak di sepanjang Jalan Gua Musang-Kuala Krai (FT08).
![Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704171641_TBzahidhamidi.jpg)
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
![7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat 7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704166940_TBpusatpeperiksaa.jpg)
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
![Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704104603_LubangbenamSamJe.jpg)
Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup
Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli ditutup kepada semua kenderaan akibat lubang benam (sinkhole).
![Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000 Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704096810_TBNANTATERPUTUS.jpg)
Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000
JKR menganggarkan kerja-kerja pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang di sini, akan menelan kos sebanyak RM60,000.
![Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704093751_TBmenjala.jpg)
Banjir: 'Culvert 10' jadi tumpuan pemburu ikan sungai
Paras air Sungai Lachang yang mulai surut selepas banjir gelombang ketiga memberi rezeki kepada penggemar ikan sungai di sekitar Rantau Panjang.
![Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704089389_MCIO.jpg)
Banjir: 1,122 mangsa berlindung di 13 PPS di 3 negeri
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus mencatatkan penurunan kepada 1,122 orang di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) tengah hari ini, berbanding 1,483 orang di 15 PPS pagi tadi.
![NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704088523_BanjirPasirMas.jpg)
NGO guna MRV buatan sendiri bantu mangsa banjir
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menampilkan kelainan dengan menggunakan Multipurpose Rescue Vehicle (MRV) buatan sendiri bernilai RM1.6 juta untuk misi banjir.