Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup
Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli ditutup kepada semua kenderaan akibat lubang benam (sinkhole).
Bernama
Mon Jan 01 2024
Kawasan terkesan lubang benam itu adalah sepanjang 15 meter x 8 meter. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli ditutup kepada semua kenderaan akibat lubang benam (sinkhole).
Jabatan Kerja Raya (JKR) Jeli dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu dikesan kira-kira 3.50 petang.
"Kawasan terkesan lubang benam itu adalah sepanjang 15 meter x 8 meter. Susulan itu jalan ditutup kepada semua kenderaan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini