PELUMBA berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Dalam perlumbaan tersebut, Shah Firdaus meraih tempat pertama dalam pusingan repechage selepas bersaing dengan empat lagi pelumba iaitu Nick Wammes dari Kanada, Liu Qi dari China, Rayan Helal dari Perancis, dan Jaïr Tjon En Fa dari Surinam.

Shah Firdaus Sahrom, sebelum itu menamatkan pusingan pertama acara keirin di tempat ketiga, sekali gus perlu ke pusingan repechage.

Beliau menamatkan perlumbaan belakang jaguh Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul; dan pelumba Poland, Mateusz Rudyk; yang mengungguli kedudukan dua teratas.