SEPANG: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan tiga agenda yang bakal dilaksana dalam mempersiap kontinjen negara bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik Paris 2024 dan seterusnya.
Beliau berkata pertama ialah penubuhan Jawatankuasa Penilaian dan Penambahbaikan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 untuk menilai secara keseluruhan pelaksanaan program Road to Tokyo yang bermula pada 4 Feb 2019.
Katanya jawatankuasa itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk M Noor Azman Taib dengan dianggotai wakil Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, Institut Sukan Negara, badan sukan serta semua pihak berkepentingan.
Ahmad Faizal berkata agenda kedua ialah memulakan Program Khas Olimpik dan Paralimpik daripada hasil dapatan Kajian Jawatankuasa Penambahbaikan Program Podium.
"Program ini akan menjadi program fokus atau graduasi kepada Program Podium sedia ada bagi membolehkan kita melihat tiga kitaran Olimpik dan Paralimpik akan datang iaitu Paris 2024, Los Angeles 2028 dan Brisbane 2032.
"Program ini akan menjadi antara hala tuju kita dalam Visi Sukan Negara 2030 berkaitan Kecemerlangan Sukan dan Pembangunan Bakat. Perkara ini akan kita kongsikan kemudian dengan lebih terperinci," katanya pada sidang akhbar ketika menyambut kepulangan kelompok terakhir Kontinjen Malaysia dari Paralimpik Tokyo 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin.
Bagi agenda terakhir , beliau mahu melihat keterlibatan persatuan sukan yang lebih berkesan bagi mengukuhkan pengenalpastian bakat di setiap peringkat kejohanan.
"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah MSN (Datuk Ahmad Shapawi Ismail) untuk melihat perkara ini bagi membolehkan persatuan sukan dipersiap dari segenap sudut untuk memastikan atlet kita sentiasa bersedia," katanya.
Ahmad Faizal turut memuji prestasi cemerlang kontinjen Paralimpik negara yang mencatatkan pencapaian terbaik dalam sejarah 16 kali penyertaan di temasya itu sejak edisi Heidelberg 1972 dengan boccia dan badminton menjadi sukan baharu menghadiahkan pingat selain olahraga dan powerlifting.
Beliau bagaimanapun menekankan bahawa kerja keras diperlukan dalam mencari bakat baharu untuk mengelakkan masalah pada edisi seterusnya memandangkan 72 peratus daripada 22 atlet yang mewakili negara di Paralimpik Tokyo sudah berumur lebih 25 tahun.
Kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan dua perak dari Tokyo sekali gus mengatasi pencapaian tiga emas dan sebutir gangsa di Rio 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021

Ahmad Faizal berkata agenda kedua ialah memulakan Program Khas Olimpik dan Paralimpik daripada hasil dapatan Kajian Jawatankuasa Penambahbaikan Program Podium. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRK Kuala Kubu Baharu: Isu hutang calon PN, pimpinan Bersatu diberi penjelasan
Pimpinan Bersatu sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang.

Azmin pimpin Bersatu Selangor, Faizal diganti di Negeri Sembilan
Bersatu membuat perubahan kepimpinan di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disifatkan sebagai usaha membugarkan parti itu.

Kehadiran Ustaz Kazim sebagai menghormati jiran, pemimpin - Ahmad Faizal
Kehadiran Datuk Ustaz Kazim Elias ke majlis Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak adalah sebagai menghormati jiran dan pemimpin.

Sukan SEA: Sasaran 36 emas mampu direalisasi - Faizal Azumu
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu optimis sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam mampu direalisasikan.

Tiada kompromi atlet, jurulatih terlibat jenayah
Ahmad Faizal Azumu berkata, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada warga sukan dan golongan belia.

Tanah lapangan terbang: Aziz Bari tidak patut rendahkan SPRM
SPRM perlu diberi peluang untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan.

Sukma XX, MSN 2022 dianjur hujung September
Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang tertangguh sejak dua tahun lalu berikutan pandemik COVID-19, akhirnya bakal dianjurkan bermula 29 Sept hingga 8 Okt tahun ini di sekitar Lembah Klang.

LTdL kembali ke Malaysia pada Jun - Faizal Azumu
Saingan edisi ke-26 berstatus UCI ProSeries itu dijadual diadakan dari 11 hingga 18 Jun depan.

Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit

Cari punca pasukan belasahan boleh atasi Malaysia - Faizal Azumu
FAM perlu mengkaji bagaimana pasukan yang sebelum ini kurang menyerlah dalam arena bola sepak Asia Tenggara, boleh mengejutkan Malaysia kali ini.