IPOH: Selepas dibatalkan tahun lepas ekoran pandemik COVID-19, saingan perlumbaan jelajah berbasikal terulung negara, Le Tour de Langkawi (LTdL) akan kembali ke Malaysia Jun ini.
Saingan edisi ke-26 berstatus UCI ProSeries itu dijadual diadakan dari 11 hingga 18 Jun depan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa kembali LTdL tahun ini apabila negara bakal memasuki fasa endemik COVID-19.
"Saya mengharapkan agar usaha yang telah dibuat ini, membawa kembali Le Tour de Langkawi dapat menyemarakkan lagi minat orang ramai dalam sukan berbasikal.
"Bukan itu saja, yang jauh lebih penting ialah untuk kita kembali memperkenalkan negara kita, memaklumkan kepada dunia bahawa Malaysia telah dibuka dan kita jemput orang ramai kembali datang ke Malaysia untuk melancong dan bercuti di negara kita yang mempunyai banyak tempat-tempat indah untuk tujuan percutian," katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media sempena Karnival Belia dan Sukan serta Majlis Pengenalan Laluan Le Tour de Langkawi Edisi Ke 26 Tahun 2022 Di Padang Awam Klebang Restu, Ipoh, pada Ahad.
Menurutnya, LTdL tahun ini membabitkan laluan 1,183 kilometer, dengan lapan peringkat menyusuri laluan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Langkawi.
Selain pendakian ke Genting Highlands yang hadir seawal peringkat ke-3 dari Putrajaya, satu lagi laluan pendakian getir ialah dari pekan Kuah ke Gunung Raya di Langkawi yang bakal menjadi tarikan sebelum penamat dengan laluan loop di Langkawi.
Sebanyak 22 pasukan dijangka mengambil bahagian tahun ini, termasuk 18 pasukan dari luar negara.
Bagaimanapun, pihak penganjur memberi masa sebulan lagi bagi membolehkan pasukan mendaftar dan majlis pengenalan pasukan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10 Jun.
Sejak bermula pada 1996 dengan kategori 2.6, LTdL menjadi gelanggang pilihan pasukan dan pelumba profesional termasuk dari negara kuasa besar sukan berbasikal seperti Itali, Perancis, Sepanyol, Jerman, Britain dan negara Eropah lain.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Mar 20 2022

Ahmad Faizal bergambar selepas merasmikan Majlis Pengenalan Laluan Le Tour de Langkawi (LTDL) Edisi Ke 26 ketika menghadiri Karnival Belia dan Sukan 2022 di Padang Awam Klebang Restu hari ini. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.

Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.

KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.

LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.

LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.

LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.

Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.