KUALA LUMPUR: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang tertangguh sejak dua tahun lalu berikutan pandemik COVID-19, akhirnya bakal dianjurkan bermula 29 Sept hingga 8 Okt tahun ini di sekitar Lembah Klang.
Majlis Sukan Negara(MSN) dalam kenyataan hari ini menyatakan, edisi kali ini yang dikenali sebagai 'Sukma XX, MSN 2022' akan mempertandingkan 31 jenis sukan, iaitu 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan, selain dua sukan demonstrasi - silambam dan kabaddi.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada hari ini turut bersetuju dengan ketetapan mengekalkan peraturan dan syarat had umur yang telah dipersetujui sebelumnya, bagi edisi kali ini.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan itu berkata penganjuran edisi kali ini oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi MSN, telah disokong dan diluluskan mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Feb lepas.
"Ia demi memastikan pembangunan sukan di peringkat negeri dilaksanakan secara konsisten, agar negara tidak ketandusan atlet yang bakal jadi pengganti untuk bersaing di peringkat tertinggi," katanya.
Bagaimanapun, jumlah akhir acara yang bakal dipertandingkan tertakluk kepada jumlah penyertaan minimum lapan negeri untuk setiap sukan dan acara, dan ia akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sukma dalam masa terdekat.
Jawatankuasa Tertinggi Sukma juga bersetuju agar Sukan Para Sukma XX, MSN 2022 dilangsungkan dari 29 Okt hingga 6 Nov ini.
Sukma ke-20 yang sepatutnya berlangsung di Johor bermula 6-14 Mac 2020 telah ditunda beberapa kali susulan pandemik, sebelum diputuskan untuk dianjurkan MSN di Lembah Klang.
Berikutan itu, beberapa pihak meminta penganjur supaya meningkatkan had umur edisi kali ini kepada 23 tahun berbanding 21 tahun ke bawah, kerana atlet sudah mula membuat persediaan sejak sebelum pandemik.
Johor bagaimanapun akan menganjurkan temasya berkenaan pada 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022

Faizal berkata penganjuran edisi kali ini oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi MSN, telah disokong dan diluluskan mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Feb lepas. - Gambar/ Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Selangor jamin tiada unsur budaya songsang dalam penganjuran SUKMA 2026
Selangor memberi jaminan tiada sebarang unsur promosi atau normalisasi budaya songsang seperti LGBT sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.

Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.

SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.

SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.

SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.

SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.

Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.