Menurut Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 32,810 keluarga ditempatkan di 466 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan negeri.
Kelantan negeri paling teruk terjejas dengan 68,748 mangsa daripada 21,242 keluarga yang ditempatkan di 189 PPS.
Terengganu pula merekodkan 30,237 mangsa daripada 8,122 keluarga.
Sebanyak 182 PPS dibuka di daerah Dungun, Besut, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Marang.
Di Perak sejumlah 552 mangsa banjir daripada 168 keluarga direkodkan dan berada di enam PPS yang dibuka membabitkan 165 keluarga.
Sementara itu, Kedah mencatatkan 7,590 mangsa daripada 2,336 keluarga yang ditempatkan di 45 PPS.
Bagi Pahang pula, sebanyak 22 PPS dibuka untuk menempatkan 1,692 mangsa banjir daripada 528 keluarga yang terjejas antaranya di Raub, Jerantut dan Lipis.
Johor mempunyai 940 mangsa banjir daripada 263 keluarga ditempatkan di tiga PPS yang dibuka di Segamat dan Tangkak.
Manakala Melaka merekodkan 167 mangsa banjir daripada 44 keluarga ditempatkan di tiga PPS yang dibuka di Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah.
Perlis pula mencatatkan seramai 213 mangsa banjir daripada 58 keluarga. Kesemua mereka ditempatkan di satu PPS yang dibuka di Arau.
Negeri terakhir terjejas ialah Negeri Sembilan dengan 74 mangsa daripada 22 keluarga yang ditempatkan di satu PPS.