TANJONG KARANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang mengenal pasti usahawan terjejas banjir di Baling, Kedah untuk menyerahkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) yang dijadualkan pada Khamis depan.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kementeriannya sudah mengarahkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk proses pengumpulan data maklumat usahawan terlibat.
"Kita sedang dapatkan maklumat dan akan turun memberi sumbangan kepada usahawan terjejas dalam kejadian ini," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Bencana Parlimen Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang sini pada Sabtu.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, semua usahawan informal dan mikro akan menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM3,000.
"Syarat bantuan ini kita beri sama seperti mangsa banjir di seluruh negara iaitu pegawai akan turun padang untuk membuat pengesahan dan usahawan mestilah membuat laporan polis tentang kejadian banjir," ujarnya.
Selain itu, katanya, tumpuan sumbangan juga terarah kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM100,000 dengan moratorium selama setahun.
Mengulas mengenai bantuan Wang Ihsan Bencana Parlimen Tanjong Karang, Noh berkata, sebanyak 224 rumah mangsa ribut dengan peruntukan kira-kira RM400,000 menerima sumbangan terbabit.
Katanya, penilaian rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut membabitkan tiga kategori iaitu teruk, sederhana dan kecil.
"Dalam masa sama, kita juga turut menyerahkan tiga rumah yang dibina baharu untuk asnaf zakat Bank Rakyat bernilai RM195,000," katanya.
Ujar beliau, bencana ribut sering melanda Tanjong Karang pada saban tahun disebabkan kawasan itu adalah laluan angin.
"Kita sudah selesaikan rumah yang rosak teruk terutama bumbung tercabut dan pada hari ini dua lagi kategori iaitu kerosakan kecil dan sederhana untuk dibantu," jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 09 2022
![Banjir Baling: KUSKOP kenal pasti usahawan, syarikat PKS terjejas Banjir Baling: KUSKOP kenal pasti usahawan, syarikat PKS terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657408397_TBBANJIRBALING.jpg)
Noh (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penduduk pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Bencana Parlimen Tanjong Karang di IPP Tanjong Karang pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734846433_TBRAMANANKL.jpg)
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
![Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030 Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703236849_EwonBenedick.jpg)
Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.
![LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696930779_EwonBenedick.jpg)
LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.
![Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694255943_EwonBenedick.jpg)
Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan.
![Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694099746_TBEwonBenedick.jpg)
Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.
![Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656174987_TBNohOmar.jpg)
Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.
![2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir 2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647869760_nohomar.jpg)
2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.