SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata ia melibatkan sembilan bantuan antaranya Bantuan Pembangunan SKM, Program Pengukuhan Koperasi (PPK), Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE), Program Sektor Peneraju Ekonomi Koperasi (PROSPEK) dan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER).
"Pada 2021, sebanyak 40 koperasi telah diluluskan bantuan yang sama dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.8 juta," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Hari Koperasi Malaysia peringkat Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, malam tadi.
Menurut Noh, sehingga 31 Mei, terdapat 90 koperasi baharu didaftarkan di Selangor, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,868 koperasi di negeri itu dan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
"Daripada jumlah itu, 11 koperasi tersenarai dalam profil 100 koperasi terbaik di Malaysia berbanding lapan koperasi pada 2019," katanya.
Dalam pada itu, Noh berharap kerajaan negeri Selangor dapat menyediakan sedikit peruntukan untuk koperasi di negeri tersebut memandangkan ia turut menyumbang kepada pembangunan negeri.
"Beberapa kerajaan negeri memang ada menyediakan peruntukan untuk membantu koperasi, tetapi di Selangor tiada. Saya harap kerajaan negeri lihat koperasi kerana ramai ahlinya di sini (Selangor)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022

Noh berkata, sehingga 31 Mei, terdapat 90 koperasi baharu didaftarkan di Selangor, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,868 koperasi di negeri itu dan tertinggi berbanding negeri-negeri lain. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.

Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.

LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.

Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan.

Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.

Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.

2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.