KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 berkaitan geran pembangunan program Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menteri berkenaan Datuk Ewon Benedick berkata Kuskop akan meminta maklumat lanjut daripada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) selaku agensi terlibat bagi program itu, berhubung setiap tindakan susulan untuk menangani kelemahan yang berlaku.
"Kuskop menerima teguran LKAN terkait dengan program di bawah SME Corp ... saya akan meminta maklumat lanjut daripada SME Corp berhubung tindakan (susulan) yang dilakukan, namun sebelum ini SME Corp telah pun memberi penjelasan.
"Saya bersama pengurusan tertinggi Kuskop dan agensi di bawah kementerian akan memastikan semua teguran dalam LKAN 2021 diambil tindakan, terutamanya untuk Belanjawan 2024 akan datang, agar setiap peruntukan disedia akan dibelanjakan seperti yang dimandatkan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan Tahun 2023 di sini hari ini.
Berdasarkan LKAN 2021 yang dikeluarkan hari ini, pengauditan dilaksanakan bagi perbelanjaan geran pembangunan program SME Investment Partner (SIP) dan program Going Export (GoEx) dari 2014 hingga 2022 melibatkan jumlah semakan bernilai RM59.52 juta bagi kedua-dua program itu, mendapati sebanyak RM16.73 juta geran pembangunan program tidak dibelanjakan.
Menurut laporan itu, pelaksanaan program yang lemah mengakibatkan hanya RM27.91 juta daripada RM59.52 juta geran berjaya dibelanjakan dalam tempoh ditetapkan manakala RM14.88 juta dibelanjakan bagi program lain menjadikan secara keseluruhan RM42.79 juta (71.9 peratus) peruntukan diterima, dibelanjakan dan memberi manfaat kepada PKS.
Berikutan itu, laporan itu mengesyorkan supaya pemantauan prestasi perbelanjaan program hendaklah dilaksanakan oleh Kuskop, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.
Selain itu, LKAN memaklumkan SME Corp Malaysia perlu merancang dengan teliti dan mengambil kira semua keperluan PKS sebelum memohon peruntukan dana daripada kementerian bagi menjalankan program.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Ewon Benedick (tengah) mempengerusikan Mesyuarat MPKK 2023 hari ini. - Gambar Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.

LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.

Geran pembangunan program PKS perlu dipantau pastikan peraturan kewangan dipatuhi - LKAN
"Sekiranya geran tidak dibelanja sepenuhnya, baki geran perlu dipulangkan segera supaya dapat digunakan untuk program pembangunan lain."