KUALA LUMPUR: Tiga kementerian perlu memantau prestasi perbelanjaan geran pembangunan yang diterima untuk pelaksanaan program SME Investment Partner (SIP) dan program Going Export (GoEx), bagi memastikan ia dibelanjakan sepenuhnya.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021, pemantauan prestasi perbelanjaan program hendaklah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.
"Sekiranya geran tidak dibelanjakan sepenuhnya, baki geran perlulah dipulangkan dengan segera supaya dapat digunakan untuk program pembangunan yang lain," menurut LKAN yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Hal ini kerana, berdasarkan audit yang dijalankan di Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) pada Disember 2022 hingga Februari 2023, meliputi perbelanjaan pembangunan bagi dua program di bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) itu bagi tempoh tujuh tahun mendapati terdapat sejumlah wang yang tidak dibelanjakan.
"Semakan audit mendapati mulai 2014 hingga 2022, SME Corp telah menerima geran pembangunan berjumlah RM59.52 juta untuk program SIP dan GoEx, bagaimanapun setakat hujung 2022 hanya RM27.91 juta atau 46.9 peratus telah dibelanjakan dan geran masih berbaki RM31.62 juta," menurut laporan itu.
LKAN memaklumkan pelaksanaan program yang lemah mengakibatkan hanya RM27.91 juta daripada jumlah geran pembangunan itu berjaya dibelanjakan dalam tempoh yang ditetapkan manakala RM14.88 juta dibelanjakan bagi program lain.
"Secara keseluruhannya, RM42.79 juta (71.9 peratus) peruntukan yang diterima dibelanjakan dan memberi manfaat kepada PKS, bagaimanapun baki geran pembangunan berjumlah RM16.73 juta (28.1 peratus) yang tidak dibelanjakan merupakan kos melepas kepada PKS dan kerajaan kerana peruntukan itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya," menurut laporan itu.
Justeru, LKAN menyarankan agar SME Corp merancang dengan teliti dan mengambil kira semua keperluan PKS sebelum memohon peruntukan dana daripada kementerian bagi menjalankan program.
Program SIP bertujuan memudahkan akses pembiayaan kepada PKS, manakala program GoEx ialah bantuan kewangan berbentuk geran yang diberikan kepada PKS untuk menembusi pasaran luar negara bagi tujuan pengeksportan barang dan perkhidmatan dalam tempoh 15 hingga 18 bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Pemantauan prestasi perbelanjaan program hendaklah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.

LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.

Geran pembangunan program PKS perlu dipantau pastikan peraturan kewangan dipatuhi - LKAN
"Sekiranya geran tidak dibelanja sepenuhnya, baki geran perlu dipulangkan segera supaya dapat digunakan untuk program pembangunan lain."