IPOH: Sebanyak 353 orang daripada 103 keluarga manga banjir masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak pagi ini berbanding 419 orang daripada 121 keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan di daerah Hilir Perak, 105 orang daripada 33 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala 48 orang daripada 12 keluarga berada di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.
"Di Kerian, 100 orang daripada 24 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 59 orang daripada 20 keluarga pula berlindung di PPS SK Alor Pongsu," menurut kenyataan itu.
Menurut sekretariat itu, jumlah mangsa banjir di daerah Hulu Perak kekal seramai 41 orang daripada 14 keluarga di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Luar.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 3.65 meter berbanding paras normal iaitu dua meter manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pula pada paras berjaga-jaga dengan 13.28 meter berbanding paras normal 10 meter.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan ribut petir berlaku pada sebelah petang di beberapa daerah iaitu Hilir Perak, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kinta, Kuala Kangsar, Kerian serta Bagan Datuk.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.
Selain itu, di Kerian laluan FT 147 Jalan Selama hanya dibuka kepada kenderaan berat dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023
![Banjir: 353 mangsa masih berlindung di lima PPS di Perak Banjir: 353 mangsa masih berlindung di lima PPS di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699070820_MuhammadAmirulAmir.jpg)
Seorang penduduk menaiki sampan di hadapan rumahnya ketika tinjauan di Batu 9, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, 31 Okt 2023. - Gambar fail/BERNAMA
![Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720088293_HasyimAsyari.jpg)
Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia
DKPP Indonesia telah memecat Hasyim Asy'ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.
![Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN
Sistem eCOB, iaitu laman web sehenti bagi pengumpulan pelbagai maklumat berkaitan skim pemajuan perumahan dan kediaman berstrata, tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilay
BYD buka kilang di Thailand, pertama di Asia Tenggara
Kilang BYD itu adalah sebahagian daripada gelombang pelaburan bernilai lebih 1.44 bilion dolar Amerika daripada pembuat EV China yang mendirikan kilang di Thailand, dibantu oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai.
3,000 kilang pintar dijangka sumbang RM36.8 bilion KDNK
3,000 kilang pintar dengan teknologi 5G dijangka akan menyumbang hampir RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pantau Agenda Reformasi: Sungai Bakap Memilih: Analisis kecenderungan pengundi
Ikuti ulasan Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM, Mujibu Abd Muis mengenai prestasi calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menjeland hari pengundian 6 Julai akan datang.
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
!['Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon 'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720087002_sadiqjamil.jpg)
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
![Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719971161_banjirpenampangs.jpg)
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
![Banjir Sabah: 474 mangsa masih berlindung di empat PPS pagi ini Banjir Sabah: 474 mangsa masih berlindung di empat PPS pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719971161_banjirpenampangs.jpg)
Banjir Sabah: 474 mangsa masih berlindung di empat PPS pagi ini
Sebanyak 474 orang daripada 144 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara yang diaktifkan di daerah terjejas banjir di Sabah, pagi ini.
![Ewon beri bantuan segera RM20,000 untuk mangsa banjir di Penampang Ewon beri bantuan segera RM20,000 untuk mangsa banjir di Penampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719761555_Ewonberibantuanse.jpg)
Ewon beri bantuan segera RM20,000 untuk mangsa banjir di Penampang
Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick malam ini menyalurkan bantuan segera RM20,000 bagi membantu mangsa banjir di Penampang.
![Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 100 orang Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 100 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719194948_tbBanjirMembakut.jpg)
Mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 100 orang
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, semua mangsa banjir telah dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon, Beaufort.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708248058_banjir.jpg)
Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini
Mangsa banjir di daerah Perak Tengah berkurang malam ini iaitu 130 orang daripada 44 keluarga berbanding 209 mangsa daripada 73 keluarga pagi tadi.
![UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716091256_tbstreetflooded.jpg)
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
![Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715946196_BanjirPerak.jpg)
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
![Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151 Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715914429_BrazilBeiraRiostad.jpg)
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
![Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715906039_KEDAH.jpg)
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.