KUALA LIPIS:Banjir besar yang melanda daerah Lipis baru-baru ini telah menyebabkan bangkai sebuah kapal lama berusia ratusan tahun timbul sebelum ditemui terdampar di tepi sungai berhampiran Jambatan Gantung Sungai Kampung Pagar, Penjom, di sini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata bangkai kapal kayu itu ditemui seorang wanita berusia 50 tahun pada jam 5 petang semalam, sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Penjom.
"Polis kemudian pergi ke kawasan penemuan dan siasatan mendapati beberapa komponen pada kapal tersebut telah tiada. Hasil temu bual dengan penduduk setempat mendapati sekumpulan penduduk kampung dipercayai telah mengambil (beberapa) komponen kapal itu.
"Kita ingin tegaskan, mana-mana individu yang menjumpai warisan kebudayaan penting perlu serta-merta membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Kes (penemuan kapal dan kehilangan komponen) disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun," katanya di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya telah memaklumkan penemuan itu kepada Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk tindakan lanjut.
Katanya, buat masa ini, bangkai kapal tersebut dalam jagaan sementara pihaknya sebelum diambil alih JWN.
Sementara itu, Astro AWANI difahamkan terdapat satu objek logam yang bertulis Vivia and Sons Sheating pada badan kapal berkenaan dan hasil carian Wikipedia menunjukan syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 1803.
Astro Awani
Fri Jan 15 2021
Bangkai kapal kayu itu ditemui seorang wanita berusia 50 tahun pada jam 5 petang semalam, sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Penjom. - PDRM
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
LKAN: Perolehan, penyelenggaraan kapal TLDM tidak dilaksanakan ikut jadual
TLDM didapati gagal melaksanakan perolehan kapal baharu mengikut perancangan dan menyelenggara kapal sedia ada mengikut jadual.
MSET berjaya pulih kapal peronda TLDM berusia 58 tahun
MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. (MSET) di Terengganu apabila berjaya menyiapkan projek refit dua buah kapal peronda (PC) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Bangkai kapal lama timbul selepas banjir di Lipis dianggar berusia 200 tahun
Rangka kapal yang ditemukan selepas banjir surut di Kampung Penjom, Kuala Lipis kira-kira 220 kilometer dari sini pada dua hari lalu, dianggarkan dibina pada abad ke-18 dan 19.
Bangkai kapal berusia ratusan tahun timbul selepas banjir
Bangkai kapal lama tersebut ditemui terdampar oleh seorang wanita berusia 50 tahun pada 5 petang semalam