TONGOD:Bangkai seekor gajah pygmy ditemukan dengan anggota badannya dipotong manakala kulitnya disiat di sebuah ladang sawit dekat sini.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.
"Bangkai gajah itu juga mempunyai kesan tembakan dan tetakan... turut ditemukan bahagian-bahagian badannya seperti kepala dan gading kecuali belalai.
"Bedah siasat telah dilakukan oleh sepasukan petugas daripada JHL dan menemukan beberapa biji peluru," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.
Tuuga berkata JHL sedang menyiasat motif pembunuhan, antaranya sama ada perbuatan itu dilakukan oleh pemburu.
BACA: Anak gajah Borneo Pygmy ditemui mati dalam ladang sawit
BACA: Tapak kaki gajah pygmy dipotong, hanya 30 peratus bahagian badan ditemui
BACA: Pasukan khas ditubuh kekang kepupusan gajah pygmy Borneo
BACA: Lagi gajah pygmy Borneo ditemui mati ditembak
BACA: Belum ada tangkapan dibuat berkaitan kematian Girang
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 23 2021

JHL sedang menyiasat motif pembunuhan, antaranya sama ada perbuatan itu dilakukan oleh pemburu. - BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.

Gajah Borneo Sabah perlu kaedah pemuliharaan betul, agresif
Konflik manusia-hidupan liar di Sabah berada pada tahap kritikal dengan lebih 140 ekor gajah dibunuh dalam tempoh kurang 10 tahun.

Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan
Bedah siasat mendapati organ gajah itu seperti jantung, paru-paru, hati, limpa dan buah pinggang dilaporkan mengalami 'severe congestion'.

Bangkai gajah Pygmy tanpa kepala ditemui di Sungai Kinabatangan
Penemuan itu juga menjadikan jumlah gajah yang mati di Sabah sebanyak 21 ekor untuk tahun ini.

Menyedihkan... Bangkai ketiga gajah pygmy ditemukan di Kinabatangan
Sepasukan daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah dikerahkan untuk mendapatkan (bangkai) gajah tersebut agar bedah siasat dapat dijalankan.

Gading disyaki milik bangkai gajah pygmy ditemui
Polis menemui gading yang disyaki milik bangkai gajah pygmy Borneo yang ditemui mati di sebuah ladang di Beluran, berdekatan lokasi kejadian pada Rabu.

RSPO tawar ganjaran RM50,000 untuk maklumat berkaitan pembunuhan gajah pygmy
Ganjaran ini adalah sumbangan yang tidak seberapa bagi membantu usaha mencari mereka yang bertanggungjawab, dan pemberiannya akan diselia oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Seekor lagi gajah Pygmy ditemui mati dengan kesan tembakan
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata, bau busuk membawa penemuan bangkai gajah terbabit oleh pekerja ladang.

Reman suspek bunuh gajah pygmy disambung
Enam suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan seekor gajah Pygmy yang ditemui di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat sini, baru-baru ini, disambung reman dua hari lagi.

Pemberi maklumat pembunuhan gajah akan dapat ganjaran seperti dijanjikan
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata perkara itu sedang diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar negeri.