Gajah Borneo di negeri ini memerlukan kaedah pemuliharaan yang betul dan agresif untuk terus kekal sebagai komponen berdaya hidup dalam megafauna Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew.
Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata ini kerana terdapat peningkatan ancaman kehilangan dan pemecahan habitat, selain pertambahan populasi manusia yang memerlukan lebih banyak tanah untuk kegunaan pertanian dan pembinaan rumah.
Beliau berkata konflik manusia-hidupan liar di Sabah berada pada tahap kritikal dengan lebih 140 ekor gajah dibunuh dalam tempoh kurang 10 tahun dan kebanyakannya terjadi di kawasan konflik berkenaan dengan lebih separuh kematian berpunca daripada tembakan atau disyaki keracunan manakala selebihnya disebabkan kematian semula jadi.
"Pemburuan haram gajah juga semakin meningkat dengan beberapa penangkapan dibuat terhadap penyeludup yang cuba menyeludup gading gajah merentasi sempadan Malaysia-Indonesia," katanya dalam teks ucapan pada majlis makan malam Mesyuarat Kumpulan Pakar Gajah Asia ke-10 di sini pada Rabu.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Assafal P. Alian.
Di Sabah, Liew berkata gajah Borneo kini dilindungi sepenuhnya di bawah Bahagian 1 Jadual 1, Seksyen 25(1) Haiwan Dilindungi Sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997 negeri ini dan sebarang kesalahan berkaitan spesies ini memperuntukkan denda sehingga RM250,000 dan penjara tidak kurang daripada lima tahun.
Beliau berkata sejak 2016, Sabah telah mengukuhkan undang-undang hidupan liar melalui EPHL 1997 dan kementeriannya bersedia meminda dan mengetatkan hukuman di bawah Enakmen itu sekiranya memburu atau membunuh gajah pygmy atau hidupan liar dilindungi yang lain tidak dapat dihentikan.
Liew berkata Jabatan Hidupan Liar Sabah juga telah menyiapkan draf akhir Pelan Tindakan Pemuliharaan Gajah 2020-2030 yang akan dibentang kepada Kabinet Sabah awal tahun hadapan dan sekiranya diluluskan Kabinet, kerajaan negeri menerusi kementeriannya akan melaksanakan semua langkah yang digariskan dalam pelan tindakan itu.
Bagaimanapun, kerjasama daripada semua pihak adalah penting bagi memastikan pelaksanaannya dapat dicapai, katanya.
Beliau juga berharap Kumpulan Pakar Gajah Asia, gabungan pakar gajah Asia dari 22 negara termasuk pegawai hidupan liar kerajaan dari 13 negara, dapat membantu Sabah dan memberi nasihat kepada negeri ini tentang amalan terbaik pengurusan gajah Asia.
"Sila kongsikan pengalaman luas anda dalam menangani konflik manusia-gajah di negara masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 04 2019
Lebih separuh kematian gajah di Sabah berpunca daripada tembakan atau disyaki keracunan manakala selebihnya disebabkan kematian semula jadi. - Gambar fail
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Pulau Sibuan dibuka semula Rabu ini
Bom lama atau unexploded ordnance (UXO) itu berjaya dimusnahkan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia pada Sabtu lepas.
Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku terima permohonan mulai esok
Kabinet Negeri Sabah meluluskan program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dan bersedia menerima permohonan daripada peserta mulai esok, 1 Julai.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Pelancong Korea 'serbu' Sabah, lapangan terbang sesak
Situasi berlaku susulan lima syarikat penerbangan dari Korea Selatan mendarat di KKIA pada jarak masa yang dekat.
Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil
Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.
Sabah sasar kunjungan 2.2 juta pelancong tahun ini
Dalam mencapai sasaran itu, kerajaan negeri Sabah menggunakan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah.
Langkah pinda Perlembagaan rakyat lahir di luar negara disifatkan kejayaan hak sama rata
Langkah meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia boleh mendapat kerakyatan secara automatik adalah kejayaan hak sama rata.
Kerjasama pembangkang dan GRS demi penuhi tuntutan rakyat - PH Sabah
Kesediaan Pakatan Harapan (PH) Sabah bekerjasama dengan kerajaan negeri bukan Memorandum Persefahaman (MoU) seperti yang dicanang pihak tertentu.