Enam suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan seekor gajah Pygmy yang ditemui di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat sini, baru-baru ini, disambung reman dua hari lagi.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata polis membuat permohonan menyambung reman itu di Mahkamah Majistret di sini selepas tempoh reman empat hari berakhir pada hari ini.
"Kesemua suspek berumur antara 48 hingga 68 tahun itu terdiri daripada lima lelaki tempatan serta seorang lelaki pendatang haram berkenaan, dibenarkan sambung reman bermula esok bagi membolehkan polis menyiapkan siasatan di bawah Seksyen 8(c) Akta Senjata Api," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Peter, apabila siasatan polis selesai, Jabatan Hidupan Liar (JHL) akan memohon untuk menahan suspek bagi siasatan kes di bawah kendaliannya pula.
BACA: Polis tahan enam suspek tembak gajah pygmy di Tawau
Pada Rabu lepas, polis menahan kesemua suspek antara 12.20 tengah malam hingga 12.30 tengah hari dalam Ops Khazanah di kawasan Felda Umas dan Ladang Dumpas selepas dipercayai terlibat dengan pembunuhan gajah Pygmy dan pengambilan gading secara haram.
Penangkapan kesemua suspek itu turut membawa kepada rampasan lima laras senjata api termasuk tiga laras senjata buatan sendiri (bakakuk), 53 kelongsong peluru serta 59 butir peluru hidup, selain dua gading gajah yang disembunyikan di tanah kebun koperasi Felda di Felda Umas dekat sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 06 2019

Apabila siasatan polis selesai, Jabatan Hidupan Liar (JHL) akan memohon untuk menahan suspek bagi siasatan kes di bawah kendaliannya pula. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penarik kereta tidak mengaku miliki pistol, pedang samurai
Tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol berwarna hitam dan perak bertulis Zoraki M 906-TD di Kubang Edang, Bechah Keranji di Melor pada jam 9.30 pagi, 31 Januari lalu.

Kerajaan tunggu laporan penuh mansuh hukuman mati mandatori
Datuk Liew Vui Keong berkata, setakat ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum cadangan itu dibentangkan di peringkat kabinet.

Reman suspek bunuh gajah pygmy disambung
Enam suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan seekor gajah Pygmy yang ditemui di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat sini, baru-baru ini, disambung reman dua hari lagi.

Hukuman mati 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan - Liew
Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.