KUALA LUMPUR: Negara kita adalah negara yang berjalan di atas landasan demokrasi. Namun tidak seluruh rakyatnya benar-benar faham apa itu demokrasi.
“Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang & Tadbir” antara puluhan buku yang telah dihasilkan untuk mendidik rakyat tentang prinsip demokrasi dan tunjang yang menggerakkannya, yakni pilihan raya.
Apa yang kebanyakan rakyat tahu, penglibatan mereka dalam demokrasi negara hanyalah pada musim pilihan raya, khususnya pada hari mengundi, walhal sebenarnya ia menjangkaui tempoh bermulanya kempen hingga berakhirnya waktu mengundi.
Bila bercakap tentang pilihan raya, tidak dapat lari daripada politik. Kedua-duanya bagai nyawa dan badan, jika satu pincang satu lagi boleh tumbang. Tapi bercakap tentang politik pula, bukan semua orang minat politik.
Keletihan politik tidak dapat dinafikan sedang menggelumangi rakyat Malaysia, setiap hari cerita pasal politik entah sampai bila, dengan perangai ahli politik yang menjengkelkan membuatkan orang naik jelak dan hingga enggan lagi mengambil tahu hal mahupun terlibat dalam apa-apa hal berkaitan politik.
Maka kita lihat peratusan keluar mengundi dalam beberapa pilihan raya sebelum ini, di Melaka dan Sarawak, nyata merosot dan tidak seperti yang disasarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Memang pilihan raya itu tetap berjalan dengan lancar, namun sebenarnya boleh dikata ia tidak berjaya mewakili suara keseluruhan rakyat apabila hanya tidak sekitar separuh daripada keseluruhan pengundi sahaja yang mengundi.
Hilangnya keyakinan rakyat kepada proses ini berakar daripada banyak persoalan yang tidak dijawab dengan jujur, benar, telus, jelas dan meyakinkan. Sejauh mana bebasnya pilihan raya dan badan yang menguruskannya masih menjadi persoalan.
Bagaimana pula dengan dasar Undi18 dan pendaftaran automatik? Sudah diluluskan Disember lepas dan bakal dipraktikkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac nanti, namun pendidikan mengenainya masih tidak kelihatan atau kedengaran.
Pendidikan pilihan raya wajar diberi keutamaan bagi memekarkan semula amalan demokrasi di negara ini, dan penerbitan buku “Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang & Tadbir” diharap dapat menjadi rujukan umum tentang proses penting dalam negara demokrasi ini.
Isu-isu yang berbangkit seperti yang dinyatakan di atas akan cuba kami kupas di pentas Agenda AWANI malam ini bersama empat orang panel; Prof. Madya Dr. Rosmadi Fauzi, Felo Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi & Pilihan Raya Universiti Malaya (UM); Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM); Yusmadi Yusoff, Pengasas dan Pengerusi Yayasan RIGHTS juga pengamal undang-undang; dan Cynthia Gabriel, Pengarah dan Pengasas Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center Malaysia).
8.30 malam ini hanya di saluran 501 dan astroawani.com.
Israr Khalid
Fri Feb 18 2022
![Bagaimana demokrasi dapat mekar kembali? Agenda AWANI 8.30 malam ini Bagaimana demokrasi dapat mekar kembali? Agenda AWANI 8.30 malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645179656_TBAGENDAAWANI.jpg)
Empat panel untuk mengupas isi buku "Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang & Tadbir."
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734399954_kualalumpur.jpg)
Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.
![MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730269693_MohdMirzaMohamedN.jpg)
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
![Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663924874_TREES.jpg)
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
![IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719328663_TBAsyrafWajdi.jpg)
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
![Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701320246_TBibrahimsaninet.jpg)
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
![Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715675626_DBKLjpg.jpg)
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
![Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714644246_AshwadIsmailjpg.jpg)
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.