Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sehingga kini cuba mengelak daripada menjawab lapan persoalan utama penubuhan entiti baru Darul Ehsan Investment Group (DEIG).
Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata, kegagalan itu menjadikan rakyat semakin tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri.
"Jawapan Azmin akan kelangsungan DEIG ini sekiranya diteruskan ternyata semakin membimbangkan rakyat. Sehingga ke saat ini, rakyat masih belum dapat menerima kewajaran penubuhan DEIG. Sejumlah lapan isu pokok yang diutarakan dari jawapan Azmin masih gagal dijawab.
"Kecenderungan jawapan Azmin menjurus kepada peranan kerajaan negeri dan tidak menjawab akan keperluan dan kepentingan penubuhan DEIG berbanding Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sedia ada," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor, di sini hari ini.
Azmin sebelum ini dilapor berkata DEIG ditubuhkan untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
Jelasnya, entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu juga dibangunkan bagi mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.
Budiman sebelum ini memberitahu ADUN BN Selangor sedang mengkaji kemungkinan memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan penubuhan entiti DEIG yang akan menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah MBI.
Jelasnya, pihaknya akan bertindak sedemikian jika perlu kerana DEIG yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 pada Disember tahun lepas tidak memerlukannya diaudit dan melaporkan prestasi serta kewangan kepada DUN.
Kata Budiman, Azmin tidak menjawab dengan jelas antaranya persoalan membabitkan operasi, pendaftaran, ketelusan, peranan serta pelantikan jawatan tertinggi di dalam DEIG sendiri.
"Persoalan seterusnya ialah Azmin mengatakan dengan jelas dan terang bahawa DEIG masih belum beroperasi dan hanya akan bermula pada suku tahun pertama 2016.
"Isunya di sini adakah benar syarikat ini sememangnya belum beroperasi?" tegasnya.
Dalam pada itu Budiman turut mengajak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk bersama merungkai kebimbangan rakyat mengenai isu berkenaan.
"Sehingga kini tiada kenyataan yang jelas berkaitan pendirian mereka terhadap isu ini.
"Mereka selalu bercakap mengenai soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Ketelusan sebenar perlu melangkaui sempadan politik kepartian.
"Percakapan berdolak-dalik dan tidak menjawab persoalan sebenar. Semakin lama rakyat akan semakin bimbang mengenai isu ini," katanya.
Pada Ahad, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Azmin disaran mengambil pendekatan memanggil Ketua Audit Negara untuk meneliti pengendalian aset DEIG sebagaimana yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tegasnya, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang salah laku berhubung pengurusan syarikat terbabit.
Wan Syamsul Amly
Mon Aug 24 2015
BUDIMAN: 'Azmin lari jawab lapan isu pokok DEIG' - Gambar fail
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Ketua Pusat Pengajian Asia Barat IKMAS UKM, Dr. Abdul Rahim Ahmad berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam. Jelasnya, kejayaan Trump ini perlu menjadi pemangkin negara-negara Islam untuk memperkuat kekuatan sendiri. #DialogTigaPenjuru
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat hanya akan memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin. Jelasnya, Trump sebagai presiden bagi penggal kedua ini juga akan merumitkan konflik dunia termasuk di Laut China Selatan. #DialogTigaPenjuru
Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak
Ketika kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
PM Anwar akhiri lawatan kerja di China
Hasimi Muhamad membawakan rangkuman lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
Op Favish: Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Pihak SPRM telah mengesan beberapa transaksi mencurigakan sewaktu menyemak dokumen-dokumen yang diperolehi, susulan siasatan terhadap syarikat FashionValet dan 30 Maple Sdn.Bhd.
14 warga asing ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Polis menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat panggilan skim penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, Ampang, pada 29 Okt lepas.
PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.
Malaysia catat eksport produk halal berjumlah RM45.04 bilion setakat Januari-September 2024
Keupayaan Malaysia untuk menguasai pasaran halal masih terbatas kerana pengeluaran sijil halal oleh Jakim di Malaysia masih rendah.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.