Thu Nov 07 2024
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Buli… Tidak Berperikemanusiaan!
Latihan, gurauan mahupun tradisi ‘junior-senior’, bagaimana nak bezakan sebarang aktiviti yang boleh menjurus kepada buli?
Lindungi mangsa buli, amaran kepada pembuli dan mereka yang bersubahat, penguatkuasaan undang-undang masih lemah?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Lindungi mangsa buli, amaran kepada pembuli dan mereka yang bersubahat, penguatkuasaan undang-undang masih lemah?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
‘Latihan’ ganas, kasar di luar waktu yang dihadkan adalah satu bentuk membalas dendam - Pakar
Pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Rozmi Ismail berkata latihan yang berbentuk kasar adalah wajar selagimana ia dilakukan mengikut modul yang diperakui dan dilaksanakan dalam tempoh yang telah dihadkan. Jelasnya, perkara yang menjadi kesalahan ialah apabila kekasaran dan keganasan itu dilakukan di luar waktu latihan sehingga menyebabkan kecederaan. #DialogTigaPenjuru
Tanya perihal anak-anak, kalau bukan mereka, mungkin kawan-kawan menjadi mangsa buli - Pakar
Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Ahli Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor, Dr. Nadzriah Ahmad berkata ibubapa mesti mengambil sedikit masa setiap hari untuk bertanya dan mendengar cerita anak-anak mengenai perihal rutin sekolah anak-anak. Jelasnya, melalui perbualan itu mampu mendedahkan sama ada anak-anak menjadi mangsa buli atau mungkin kawan-kawan mereka yang menjadi mangsa buli. #DialogTigaPenjuru
‘Pelatih hendaklah tahan lasak’, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli - SUHAKAM
Pesuruhjaya Surahanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata memberi alasan bahawa pelatih ala-tentera mesti tahan lasak adalah alasan tidak masuk akal untuk membudayakan buli di institut pengajian tinggi. Jelasnya, mentaliti itu mesti dihentikan serta-merta kerana perlakuan melampau itu adalah lebih dekat kepada penderaan berbanding latihan. #DialogTigaPenjuru
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Ketua Pusat Pengajian Asia Barat IKMAS UKM, Dr. Abdul Rahim Ahmad berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam. Jelasnya, kejayaan Trump ini perlu menjadi pemangkin negara-negara Islam untuk memperkuat kekuatan sendiri. #DialogTigaPenjuru
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat hanya akan memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin. Jelasnya, Trump sebagai presiden bagi penggal kedua ini juga akan merumitkan konflik dunia termasuk di Laut China Selatan. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Trump 2.0, Apa Nasib Gaza?
Donald Trump kembali ke White House, sejauh mana janji untuk menghentikan perang ke atas Gaza dapat direalisasikan atau sekadar retorik? Apa pula tumpuan Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab-Islam di Riyadh 11 November ini? Cadangan resolusi penyingkiran Israel daripada UN, adakah semudah dijangka? Dialog Tiga Penjuru Khamis 8.30 malam
Susulan pengharaman UNRWA, Israel wajar dilucutkan keanggotaan PBB - GPM
Pengerusi Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Dr. Jufitri Joha berkata Israel wajar dilucutkan keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) susulan tindakan negara haram itu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi menyekat operasi Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA). Jelasnya, tindakan tersebut adalah wajar berikutan pelanggaran berterusan Israel terhadap undang-undang antarabangsa. #DialogTigaPenjuru
Israel haramkan UNRWA untuk nafikan hak rakyat Palestin pulang ke tanah air – MERCY Malaysia
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faisal Mohd Perdaus berkata tindakan Israel meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi menyekat operasi Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA) adalah untuk menafikan hak rakyat Palestin pulang ke tanah air. Jelasnya, dendam Israel terhadap badan dunia itu telah lama membuak kerana keberadaan pertubuhan itu mengesahkan kekejaman yang menimpa penduduk Palestin. #DialogTigaPenjuru
Israel dijangka lancarkan operasi ke kem pelarian, susulan pengharaman UNRWA - MAHAR
Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari berkata Israel dijangka akan melancarkan operasi ketenteraan keatas kem-kem pelarian yang diuruskan oleh Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA), selepas badan dunia itu dinyahkan daripada bumi Palestin. Jelasnya, Rang Undang-undang (RUU) yang diluluskan bagi mengharamkan pertubuhan berkenaan adalah bagi memastikan Israel tidak dipertanggungjawabkan keatas sebarang kezaliman yang bakal berlaku kelak di fasiliti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Pengharaman UNRWA, zionis putuskan ‘talian hayat’ Gaza
Apa lagi Zionis? Terbaru mereka mengharamkan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) daripada beroperasi. #UNRWA yang ditubuhkan oleh #PBB telah memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan dan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dan pelarian di seluruh Asia Barat. Bagaimana masyarakat antarabangsa harus bertindak segera?
#DialogTigaPenjuru 830 mlm ini.
#DialogTigaPenjuru 830 mlm ini.
Dialog Tiga Penjuru: Belanjawan 2025 | Siapa golongan ‘maha kaya’
Siapa sebenarnya golongan ‘maha kaya’ dan bagaimana mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara?
Bagaimana boleh kita fahami tindakan kerajaan untuk mengenakan cukai dividen dan menarik subsidi petrol untuk golongan ‘maha kaya’ dalam #Belanjawan2025?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Bagaimana boleh kita fahami tindakan kerajaan untuk mengenakan cukai dividen dan menarik subsidi petrol untuk golongan ‘maha kaya’ dalam #Belanjawan2025?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Netanyahu teruskan perang untuk selamatkan tengkuk sendiri - Pakar
Pensyarah Pengajian Sejarah Queen Mary University of London, Dr. Rowena Abdul Razak berkata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meneruskan perang ke atas Palestin dan Lubnan semata-mata untuk mengelakkan dirinya digulingkan melalui proses demokrasi dan politik dalaman. Jelasnya, Netanyahu ketika ini berdepan banyak bangkangan yang boleh membawa kepada pertuduhan mahkamah dan pemenjaraan. #DialogTigaPenjuru
Israel gunakan Doktrin Dahiya, gempur Lubnan – Bekas Duta Besar ke Lubnan
Bekas Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Datuk Dr. Ilango Karuppannan berkata Israel menggunakan Doktrin Dahiya dalam operasi ketenteraannya ke atas Lubnan dengan menyasarkan infrastruktur dan lokasi tumpuan awam. Jelasnya, doktrin ini dengan sengaja menyasarkan nadi ekonomi agar orang awam memberontak dan menggulingkan Hezbollah. #DialogTigaPenjuru